Bismillah. Bisnes yang dibuat atas dasar untung semata-mata tidak ubah seperti bisnes di zaman Jahiliyyah.
Di dalam bisnes, ada masa kita ambil untung, ada masa kita ambil modal, ada masa kita tanggung ‘rugi dunia’. Contoh paling mudah adalah apabila kita membuka klinik. Ada pelanggan yang kita caj harga premium (standard) ada pelanggan yang kita bagi harga standard, ada pelanggan yang kita beri harga modal, ada pelanggan yang kita tanggung sebahagian kos.
Contoh yang lebih mudah, pelanggan yang mampu kita caj harga premium ( iaitu harga yang lebih tinggi dari kos kita).
Apabila ada pelanggan yang tidak mampu dan kita tahu produk yang kita jual itu menjadi keperluan untuknya, kita bagi diskaun, iaitu kita masih untung selepas diskaun.
Apabila ada pelanggan yang benar-benar tidak mampu, kita berikan pada harga kos.
Apabila ada pelanggan yang hidup di dalam kedaifan ataupun kurang upaya contohnya OKU – Anggota, OKU – Penglihatan, berkerusi roda, kita menjual produk itu berdasarkan banyak faktor antaranya mengambil kira tahap keimanan kita. Di mana harga jualan kita kepada mereka, sama ada 90% bawah harga modal, ataupun 50% bawah harga modal ataupun kita tawarkan secara percuma.
Apabila bisnes yang dibuat atas landasan Jahiliyyah, unsur pahala, dosa, simpati, zakat, sedekah itu tiada di dalam kamus Usahawan Jahiliyyah.
Untung bukannya sekadar bermaksud menjual barang lebih tinggi dari harga modal. Untung juga adalah pengorbanan menjual produk dalam keadaan harga yang dijual itu lebih rendah dari harga kita membeli produk itu. Ini adalah amalan orang yang memiliki Bisnes Patuh Syariah
Di mana apabila kita ingin ataupun sudah menceburi bisnes, memegang dan patuh kepada prinsip Islam itu menjadikan bisnes kita bisnes yang selamat di Akhirat dan bukannya Bisnes Jahiliyyah. Nauzubillah.
Di dalam amalan Bisnes Patuh Syariah, antara perkara yang penting adalah Syariah Compliant Marketing (Pemasaran Patuh Syariah). Apabila sistem pemasaran bermotifkan duit semata-mata, hilang nilai kemanusiaan dan keimanan sewaktu berurusniaga.
Iman itu bukan untuk dibawa seperti solat, sebaliknya diusahakan supaya iman itu dibawa bersama setiap masa. In Syaa Allah.
In Syaa Allah Seminar Memulakan Bisnes Sendiri 2013 dan Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan (Siri 2) juga menggunakan teknik bisnes patuh syariah. In Syaa Allah.
Di atas kejahilan yang ada pada saya, saya menghentikan tulisan ini dengan lafaz Astaghfirullah.
Wallahu’alam (Hanya Allah yang tahu segala-galanya dan yang tahu yang sebenar-benarnya)
Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir
1 comments on “Bismillah. Bisnes Zaman Jahiliyyah Hanya Mahu Untung”