Bismillah. Bisnes Dengan Orang Perseorangan Kita Cepat Letih

Bismillah. Apabila kita buat bisnes dengan orang perseorangan, di mana pelanggan kita adalah orang perseorangan, kita menjadi cepat letih.

Itu yang membuatkan saya tidak minat untuk terlibat di dalam bisnes ‘letih’ kerana ianya membuatkan saya cepat mengalah. Bisnes letih sesuai untuk orang sentiasa hidup dalam kesusahan ataupun yang sudah melalui dunia hidup bisnes letih daripada ibu bapanya.

Orang yang pernah bekerja di dalam ruang pejabat, yang ada penghawa dingin, menjadi lebih cepat letih apabila buat bisnes yang letih. Ini menjadikan banyak bisnes yang diceburinya separuh jalan.

Menjadi agen yang paling sedap antaranya adalah menjadi agen hartanah, kerana kita membuat duit dari atas duit bank yang dipinjam oleh pembeli.

Topik kali ini adalah berkenaan bisnes dan bukannya agen. Oleh Contoh di atas iaitu sebagai agen hartanah itu, ianya bukan dalam kategori bisnes yang kita ingin bincangkan.

Contoh bisnes yang saya menggeleng kepala apabila mengetahui ada orang ‘malas’ yang ingin cari duit melibatkan diri adalah seperti menjual karipap beku, menjual kuih raya, menjual, kek di mana pelanggan mereka adalah orang perseorangan iaitu sama ada jiran, rakan sekolah, rakan sepejabat. Kerana ini bisnes yang letih, berbanding dengan untung yang diperolehi. Ianya sesuai untuk orang yang rajin. Orang yang rajin di sini hanyalah ditujukan kepada orang yang susah, yang selalu hidup dalam kesusahan, Bisnes ini tidak dapat menyelesaikan banyak masalah hidup.

Orang yang ‘malas’ iaitu orang yang bekerja dalam suasana yang nyaman (penghawa dingin) perlu memilih bisnes yang berurusan dengan organisasi dan bukannya orang perseorangan.

Dalam kata mudah, jangan jual produk kita kepada orang perseorangan, kerana letih untuk mencari banyak klien, dan juga masa yang kita habis juga banyak, dan jumlah caj kita untuk setiap klien adalah lebih rendah kerana kita berurusan dengan seorang bagi memenuhi keperluan untuk seorang.

Apabila kita berurusan dengan organisasi, kita berurusan dengan seseorang tetapi bagi memenuhi keperluan untuk 50 ataupun 1000 orang. Contoh satu dari bisnes yang saya ceburi dahulu adalah bisnes pembersihan pejabat.

Itu antara sebab, kami tidak menceburi bisnes di facebook, dan menjayakan kursus untuk orang awam, kecuali kerana Akhirat Social Responsibility, In Syaa Allah.

In Syaa Allah kita pelajari bersama dalam kursus-kursus bisnes yang sedang dijalankan mulai 17 Ogos ini.

Astaghfirullah. Wallahu’alam.

Facebook SK Training Academy Sdn Bhd

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *