Bismillah. Berkenaan dengan Isu Poligami

Bismillah. Baru-baru ini ada orang yang bertanya saya berkenaan dengan isu poligami, dan bertanya kenapa saya tidak membincangkan di halaman facebook saya.

Jawapan ringkas saya kepada beliau. “Tuan saya saya tidak mahu membuat dosa”.

“Hidup ini adalah untuk mengurus dan merancang kehidupan yang paling kurang risiko untuk membuat dosa”.

Dosa yang antara paling biasa ‘Common’ adalah mengumpat orang yang berkahwin lebih dari satu. Orang yang tahu dosa mengumpat, percaya dan yakin dan merasa kehadiran Allah, tidak berani untuk mengumpat. Kata ahli psikologi barat, hanya orang yang estim dirinya rendah yang sanggup mengumpat (merendah-rendahkan) orang lain.

Jika yang lebih sedikit, mengaibkan orang yang berkahwin lebih dari satu. Kita tahu antara balasan mengaibkan orang lain itu adalah sangat besar termasuk Allah membuka aib kita di Padang Mashyar nanti.

Jika lebih melarat, kita sampai menghina sunnah Nabi dan Nabi sendiri yang berkahwin lebih dari seorang. Kita juga mungkin tanpa sedar menghina datuk nenek ataupun bapa saudara ataupun ayah kandung kita yang pernah berkawin lebih daripada seorang.

Berkahwin lebih dari seorang itu adalah Sunnah Nabi. Takut nanti sampai tahap menghina Nabi.

Sama ada orang itu bertanggungjawab ataupun berlaku adil ataupun tidak, bukan bidang kuasa kita dan bukan kemampuan kita untuk menentukan. Biarkan pasangan itu dan Allah sahaja yang mengadiliknya nanti.

Adil di dalam berumahtangga, tidak boleh dipandang dari sudut sempit,, kerana yang dapat hanya dosa, dosa, dosa.

Maafkan saya. Secara puratanya saya tidak mahu menggangu ataupun membicarakan rumahtangga orang lain. Takut nanti

“Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih”,

Ataupun

“Mengatakan Dulang Paku Serpih : Mencari salah orang, diri sendiri lebih banyak salah”

Dalam bab ini, saya memilih dan berpegang ‘Jangan jaga tepi kain orang’

Bertindak, berkata dalam hal yang dibenarkan oleh Islam.

Jangan sampai mengharamkan yang halal, kerana itu juga menunjukkan kita tidak mengamalkan Islam yang asas, iaitu yang halal tetap halal, dan yang haram tetap haram.

Astaghfirullah. Wallahu’Alam.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *