Bismillah. Berkasih Sayang dengan ‘Adik Beradik’ Kita

Bismillah. Antara keperluan hidup adalah untuk berkasih sayang dengan semua orang. Kerana mereka semua adalah ahli keluarga kita iaitu ‘adik beradik kita’

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam, salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Hidup ini selain dari beribadah secara terus kepada Allah, adalah menjaga hubungan dengan manusia iaitu berkasih sayang dengan semua orang kerana mereka semua itu adalah ‘adik beradik’ kita. Ini kerana tidak ada seorang pun manusia yang tidak berasal dari pasangan bahagia Nabi Adam dan Hawa. Secara asasnya kita semua berasal dari keturunan asal yang mulia, iaitu seseorang yang bertaraf Nabi, iaitu Nabi Adam a.s.

Rasa cinta kepada orang lain itu yang membuatkan kita tidak mahu membuat bisnes menggunakan sistem pemasaran barat yang tidak diambil kira keberkatan dan kasih sayang. Kita hasilkan Syariah Compliant Marketing (Pemasaran Patuh Syariah)supaya kita dapat berkasih sayang melalui Silaturrahim Marketing.

Kita tidak menjual impian palsu kepada manusia lain, kerana kita tidak sanggup untuk menipu ataupun memanipulasi, kerana orang lain itu adalah sepupu-sepupu kita juga.

Barat mengajar kita bahawa orang lain tetap orang lain, Islam mengajar kita bahawa orang lain itu adalah darah daging kita sendiri.

“Tidaak beriman seseorang kamu, melainkan dia mencintai orang lain seperti mana beliau mencintai dirinya sendiri” – Susah untuk mencapai tahap ini, kecuali kita memperhalusi dengan cermat bahawa kita adalah klon kepada satu sama lain, kerana semua adalah anak-anak Nabi Adam a.s dan ‘ibu’ kita adalalah Hawa.

Apabila melihat orang lain sebagai ‘adik beradik’ kita In Syaa Allah, kita berusaha bagi menjadikan diri kita orang yang memberikan manfaat kepada orang lain, dan bukannya menjadikan orang lain itu mangsa kita.

Mengejar kaya pada pandangan kami yang jahil ini, adalah pemikiran barat, Islam suruh kita berusaha, Islam suruh kita membantu orang lain apabila rezeki kita lebih. Belum kami dengar dalam hadis dan Al Quran, kejar kaya, kejar duit,….

Yang kami dengar adalah berkasih sayang dalam melalui kehidupan yang sementara di dunia ini.

Lain sekolah ilmu, lain pula ajarannya. Hormati dan raikan perbezaan.

Astaghfirullah. Wallahu’alam (hanya Allah yang tahu segala-galanya dan hanya Allah yang tahu yang sebenar-benarnya)

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

Seminar Memulakan Bisnes Sendiri 2013 yang dirancangkan adalah bagaimana untuk memulakan bisnes dengan berkasih sayang dengan para ‘tetamu’ kita supaya kita dan tetamu masing-masing mendapat manfaatnya dengan cara yang diredhai oleh Allah, In Syaa Allah.

Mohon rujuk ke halaman di bawah kepada sepupuku yang ingin mengetahui lebih lanjut.

www.facebook.com/events/402873416489267/?fref=ts

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *