Seminar Berhijrah Menjadi Usahawan 29 September 2013

Bismillah.

Seperti yang dijanjikan di dalam facebook Shamsuddin Kadir, kita akan menjayakan Seminar Memulakan Bisnes Sendiri 2013.

Pelajari Bagaimana Memulakan Bisnes, bermula dengan apa yang ada di tangan sahaja.

In Syaa Allah pada hari Ahad 29 September, kita akan menjayakan seminar Memulakan Bisnes Sendiri di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Seminar ini memberi fokus kepada teknik memulakan bisnes sendiri mengunakan apa yang ada di tangan. Kursus ini menegah dan melarang sama sekali konsep memulakan bisnes dengan membuat pinjaman. Di sini modal duit, adalah perkara yang kurang penting.

Teknik pemasaran, teknik bersalaman, teknik berpakaian dan teknik berkomunikasi yang Syariah Compliant Marketing (Pemasaran Patuh Syariah)juga In Syaa Allah akan dipelajari oleh peserta.

In Syaa Allah seminar ini, membantu tuan dan cik puan memasuki dunia bisnes mengikut pintu yang betul dan tidak perlu menanggung banyak kos seperti mana orang lain yang melakukan bisnes yang sama dengan kita harus laburkan.

Kerana seorang bisnesman, beliau perlu mampu menukarkan duit RM 100 menjadi RM 200. Sekiranya ianya tidak mampu menukarkan duit RM 100 kepada RM 200, apa yang membuktikan duit yang dilabur sebanyak RM 10,000 boleh membuatkan seseorang itu untung.

Bisnes bukan tentang berapa besar modal yang kita mampu labur, bisnes adalah berkenaan dengan kemahiran, adakah kita sudah mempunyai kemahiran dan bakat untuk menyertai bisnes?

Terbuka untuk semua, termasuk pelajar universiti, suri rumah, staf yang bermatlamat untuk berhenti kerja, penganggur, bisnesman yang ingin melengkapkan diri dengan ilmu yang belum mereka miliki.

Tiada persaingan di dalam mazhab bisnes yang peserta akan pelajari nanti, In Syaa Allah.

Seminar ini adalah khusus bagi meningkatkan kemahiran individu yang selama ini belum mempunyai kemahiran bisnes yang sebenar. Iaitu kemahiran yang hanya ada pada individu yang sudah berketurunan berniaga ataupun, formula bisnes yang hanya dipakai oleh orang yang dari keluarga bisnes sahaja.

Banyak kemahiran ataupun informasi yang digunakan oleh orang yang makan gaji, sebenarnya menggunakan kaedah yang orang bisnes tidak akan gunakan apabila mereka membuat bisnes. Contohnya, fahaman tentang modal berbeza dengan orang yang mempunyai mentaliti makan gaji dengan orang yang bisnes sejak berabad ataupun berkurun.

Memulakan sesuatu bisnes memerlukan kepakaran. Kepakaran datang dari kefahaman. Kefahaman datang dari ilmu pengetahuan dan latihan. Ilmu dicari dan dipelajari serta dipraktikkan. InsyaAllah, kursus ini memberi pendekatan kepada kedua-dua kaedah tersebut ilmu dan juga latihan.

Ilmu Brand Contact Point juga In Syaa Allah akan dikongsikan bersama peserta sekiranya kita ada masa. Bergantung sejauh mana keaktifan para peserta.

BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 29 September 2013 (Ahad)

Lokasi : Bilik Seminar 2 (Dewan Aminuddin Baki) Wisma Sejarah, Kuala Lumpur (Berhadapan Institut Jantung Negara)

Link peta: http://goo.gl/dGMC7

Masa : 9 Pagi – 4.30 Petang

Pakej Pembayaran Seminar :

Hanya minuman pagi disediakan antara jam 10.30 – 11.00 pagi.Makanan tengahari tidak disediakan.

Pakej 1: RM 100 / seorang (Pelajar, suri rumah , bisnes dirumah)**

Pakej 2: RM 130 / seorang (Bagi penerimaan bayaran sebelum / pada 8 September 2013)

Pakej 3: RM 120 / seorang (Bagi pendaftaran secara berkumpulan iaitu pendaftaran 3 orang dan ke atas)

Pakej 4: RM 250 seorang (Bagi pendaftaran untuk 2 seminar iaitu termasuk Seminar Wang & Pelaburan 2013)

Pakej 5: RM 150 / seorang (Bagi pendaftaran individu yang tidak termasuk di dalam pakej 1 -4)

**Mohon bawa bersama kad matrik semasa sesi pendaftaran di seminar

*Tempat terhad*

Pembayaran boleh dilakukan di:
i) Maybank : 5621 0620 0279 (Shamsuddin Abdul Kadir)

ii) Bank Islam : 1424 7020 0038 05 (Shamsuddin Abdul Kadir)

Slip bukti pembayaran boleh dikirimkan ke alamat emel seminarbisnes@sk.my atau difak ke nombor 03 4142 7300
Jika kiriman melalui emel, mohon tuan / cik puan sertakan nama, no. tel. dan alamat emel untuk pihak kami hubungi.

Mohon merujuk ke www.facebook.com/events/402873416489267/?fref=ts bagi mengetahui lebih lanjut.

Link borang pendaftaran (Facebook) : http://goo.gl/sMi6t

Link borang pendaftaran (Google document) : http://goo.gl/2izq8

3 comments on “Seminar Berhijrah Menjadi Usahawan 29 September 2013”

  1. Ahmad Shahar Reply

    Salam Tuan Shamsuddin;

    Semlm kehadiran Tuan ke tazkirah Ramadan Surau ArRahim Bandar B Bangi, mengupas topik luar dari biasa. Tetapi terpanggil utk ketahui kategori hutang/pinjaman yang akan menguntungkan…boleh Tuan kupas sedikit?
    Terima kasih

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Bismillah. Tuan Ahmad Shahar yang dirahmati Allah.

    Hutang-hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin adalah hutang pinjaman peribadi, hutang kad kredit dan hutang skim ansuran mudah.

    Hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin kaya, adalah hutang membeli hartanah di kebanyakan lokasi dan mengambil pinjaman Islamik. Beli rumah perlaburan.

    In Syaa Allah, kita ada jodoh lagi di masa hadapan untuk bertemu.

  3. asmawati Reply

    assalam tuan,

    Bagaimana sy blh dpt bahan bacaan ttg pelaburan hartanah sbg salah satu cara utk menjadi kaya dan dpt bantu org lain?

    seterusnya, dimana dan bagaimana blh menyimpan duit sebgai pelaburan jgka panjang?

    terima kasih tuan.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *