Assalamualaikum wbt,
Saudaraku yang dirahmati Allah dan saudariku yang disayangi Nabi,
Kepada sepupuku yang ketika ini bekerja dengan majikan sama ada swasta ataupun kerajaan,
Terdapat dua cara berfikir utama dalam dunia pekerjaan, iaitu berfikir seperti pekerja dan berfikir seperti bos.
Apabila kita berfikir seperti pekerja, kesannya kita lebih memandang apa yang organisasi ataupun majikan kita dapat berikan kepada kita. Antara tindakan yang kita lakukan adalah seperti berikut :
- Bekerja apabila ada gaji
- Buat kerja mengikut arahan bos
- Menunggu arahan
- Memikirkan keperluan diri sendiri
- Memikirkan apa yang majikan dapat berikan
- Bekerja mengikut waktu pejabat
- Memohon maaf apabila melakukan kesilapan
- Hanya buat kerja apa yang disuruh oleh majikan
- Buat kerja dalam bidang tugasan sahaja
- Tidak kisah berkenaan keperluan staf lain yang kita tidak kenal dalam organisasi
- Memerlukan pujian
- dan lain-lain
Apabila kita berfikir seperti majikan ataupun bos, kita lebih memikirkan apa yang kita dapat sumbangkan kepada organisasi.
- Bekerja walaupun tidak dapat gaji
- Tidak menunggu arahan
- Lebih memikirkan keperluan organisasi dan staf lain
- Memikirkan apa kita dapat disumbangkan kepada organisasi
- Banyak buat kerja yang akan disuruh oleh bos dan juga kerja yang tidak akan disuruh oleh bos
- Buat kerja dalam semua bidang tugasan yang dapat memanfaatkan organisasi ataupun staf lain
- Tidak memerlukan pujian, sebaliknya sibuk memberi pujian kepada staf yang layak
- Buat kerja sebelum arahan dikeluarkan, iaitu kerja siap sebelum arahan diberikan.
Informasi di atas ada dibicarakan dalam buku Makan Gaji Tetapi Kaya, tulisan Shamsuddin Kadir.
Apabila kita berfikir seperti kerja kita membuat kerja sama ataupun kurang dari gaji yang kita terima, apabila kita berfikir seperti bos, kita membuat kerja lebih dari gaji yang kita terima. Di mana kita membuatnya kerana Ehsan.
‘Kereta tanpa brek, masuk ke gaung, manusia tanpa ehsan masuk ke neraka’
Modul di atas, adalah modul teras untuk kursus Menanda Aras Eksekutif/Pegawai/Warga Kerja Super – SK TRAINING ACADEMY SDN BHD
Didoakan kita semua mendapat rahmat Allah, supaya perjalanan pulang ke Syurga dipermudahkan oleh Allah. Amin.
Maafkan saya,
Shamsuddin Kadir
29 Mei 2011
Ampang, Selangor