Assalamualaikum dan salam ceria,
Ahli-ahli Syurga yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,
Dengan usaha tim Sk Training Academy Sdn Bhd bersama saudara dan saudari dan dengan izin Allah SWT, kita akan mengadakan sesi Menguli Hati di SK Training Academy Sdn Bhd.
Mengikut kata-kata Tuan Ismail Abbas (seorang dari mentor Shamsuddin Kadir) beliau pernah berkata yang berbunyi seperti ini “Imam Ghazali takut untuk ke pasar, kerana takut untuk bertemu dengan keranda-keranda hidup”.
Sebahagian daripada kita sudah pasti ‘takut’ apabila melihat keranda-keranda yang bergerak ataupun berjalan sendiri. Begitulah ketakutan Imam Ghazali. Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan keranda-keranda hidup? Beliau berkata “Manusia-manusia yang hatinya sudah mati”.
“Ya Allah letakkan akhirat di hati kami, supaya hidup kami semata-mata untuk mencari keredhaanMu. Letakkan dunia ini di tangan kami, supaya pada bila-bila masa kami dapat lepaskannya, kerana kepergian kami ke Alam Barzakh dan Akhirat tidak sesekali kami bawa dunia bersama. Amin.
Seorang ustaz dan merupakan Imam Surau Al-Munir Seri Kembangan akan dijemput bagi mengetuai sesi menguli hati, supaya sentiasa lunak dan mengingati Allah sehingga kita dijemput oleh Malaikat Maut.
Waktunya adalah sama ada waktu Zuhur hari bekerja ataupun waktu zuhur hari cuti hujung minggu (Sabtu ataupun Ahad). Mohon kepada tuan dan puan yang ingin menyertainya, mencadangkan harinya, insyaa Allah kita akan buat pada hari yang kita mendapat bilangan yang paling ramai bagi menyertainya.
Kadar bayaran adalah RM 30 seorang, ini bagi menangung kos bagi menguruskannya.
Pesanan seorang ulama kepada saya, jumpa dengan ustaz yang hatinya di akhirat sebulan sekali, bagi memastikan hati kita sentiasa hidup. Hati manusia hidup apabila ianya bertemu dengan hati insan yang sentiasa berada di akhirat.
Terbuka untuk lelaki dan wanita!
1 comments on “Sesi Menguli Hati Supaya Hati Terus Hidup di SK Training”