Assalamualaikum dan salam ceria untuk sepupuku yang dirahmati Allah lagi disayangin Nabi,
Semoga Allah melimpahkan nikmat kesejahteraan di dunia ini dan dunia yang kekal abadi iaitu Akhirat. Kita di hantar di dunia adalah untuk sementara waktu, iaitu mencari pahala bagi membiayai kehidupan akhirat. Allah memutuskan satu-satunya matawang yang diterima di Alam Barzakh dan Akhirat adalah pahala yang dibuat sewaktu melalui hidup selagi mana kita dapat baca peringatan ini dan sebelum datangnya sejenis binatang yang akan mengantikan orang alim. Ketika itu amalan kita sudah tidak berguna lagi.
Banyak emel yang diterima dari sepupu-sepupu yang bertanyakan isu berkenaan pinjaman peribadi untuk bantuk adik berkahwin dan juga membeli hartanah sebelum ke luar negara.
Pinjaman peribadi ‘dilarang sama sekali’ oleh www.ShamsuddinKadir.com untuk semua keperluan kehidupan kecuali kita ambil bagi membebaskan ahli keluarga kita dari ‘Ah Long’. Selain daripada itu www.Shamsuddinkadir.com hanya menyokong dalam kes-kes tertentu sahaja. Kerana Pinjaman Peribadi sekarang menjadi barah kewangan yang no. 1. Berkongsi tempat dengan hutang kad kredit.
Insyaa Allah di atas entri-entri ataupun artikel yang berada di dalam buku-buku yang ditulis oleh Shamsuddin Kadir (Hamba Allah) dan juga hamba-hamba Allah lain, dapat memberikan kita pengertian sebenar dalam menguruskan kewangan yang halal dan yang mendapat pahala.
Dalam blog ini sahaja ada lebih dari 500 entri, sepupu-sepupu yang dikasihi Allah lagi disayangi nabi, boleh membacanya dan blog ini.
Nabi pernah memaklumkan berkenaan dengan nilai dunia ini jika hendak dibandingkan dengan kehidupan akhirat. Nilainya umpama :
1. Nilai dunia sama dengan seekor bangkai kambing yang dibuang oleh pemilik kambing tersebut.
2. Apabila kita mencelup satu jari kita ke dalam laut, air yang masih terlekat di jari kita itu selepas dikeluarkan, itulah nilai dunia, manakala air lautan itu adalah akhirat.
3. Jika nilai dunia ini sebesar sebelah kepak @ sayap nyamuk, nescaya Allah haramkan orang kafir dari minum air yang ada dalam dunia ini.
Menilai bertapa murahnya nilai dunia ini, membuatkan kita bertambah fokus untuk menukarkan setiap perbuatan, usaha, bahasa yang dituturkan sebagai amalan yang Allah gantikan dengan pahala.
Dari sepupu
Shamsuddin Kadir
Kuala Lumpur
6 Februari 2011
3 comments on “Perjuangan Hidup Di Dunia Yang Sedang Kiamat”