Pertanyaan : Pinjaman Perumahan

Assalamualaikum Tuan SK,

Cuma nak tanya berapa had kelayakan (dalam bentuk pinjaman rumah) dari bank, kalau dah ada 5 buah rumah TETAPI tetapi bayaran bulanan tidak gagal ada kemungkinan ditolak atau diterima? Umur sekarang  40 TAHUN.

Ahmad Fairus (bukan nama sebenar)

———————————–

Waalaikummusalam Tuan Ahmad Fairus yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada Tuan pada setiap pagi dan petang hari.

Bank tidak menentukan kelayakan mengambil pinjaman berdasarkan bilangan rumah yang kita miliki. Mereka menetapkan jumlah ansuran rumah yang layak kita bayar adalah 1/3 dari pendapatan kita ataupun ada bank yang menetapkan 40% dari pendapatan kita.

Contohnya jika gaji kita RM 3,000, maka kita layak antara RM 1,000 – RM 1,200 sebulan. Apabila kita membeli sebuah rumah dengan ansuran RM 1,200, maka kita hanya layak sebuah rumah sahaja. Jika kita beli rumah dengan ansuran RM 600 sebulan, kita layak 2 buah rumah.

Persoalan umur memainkan peranan dengan tempoh pinjaman yang kita boleh ambil, ini bererti jumlah ansuran bulanan untuk sesebuah rumah kita tidak dapat rendahkan sangat, kerana tempoh pinjaman menjadi semakin terhad.

Tuan boleh membawa ke semua 4 – 5 rumah yang tuan sewakan kita kepada bank, dan tunjukkan bukti penerimaan sewa yang konsisten, pembayaran ansuran yang konsisten dan juga aliran cashflow yang positif di mana pendapatan dari sumber makan gaji ataupun perniagaan belum ataupun hanya terusik sedikit sahaja bagi membayar ansuran kelima-lima buah rumah tersebut.

Semoga Allah terus menerus melimpahkan hidayah dan nur kebahagiaan kepada tuan sekeluarga di atas usaha menyediakan perlindungan (rumah) untuk sepupu-sepupu diluar sana dengan menyewakan rumah kita itu. Amin

Shamsuddin Kadir

1 comments on “Pertanyaan : Pinjaman Perumahan”

  1. mohd (nama sebenar) Reply

    salam..
    sy ada beberapa pertanyaan.. sy buat 100% gov loan utk rumah baru sy,1st sy bayar rm3k utk downpayment, lepas tu pemaju ckp kena sediakan dlm rm6k ++ utk gov tax, pada masa yg sama sy dikenakan ‘fee loan’ dalam rm3K++ … persoalan sy apakah maksud fee loan? sblom sy beli rumah pemaju ckp sediakan duit utk gov tax jer. satu lagi kenapa sy dikenakan interest dr pemaju bila 10% rumah dibangunkan sedangkn masa tu pihak pemaju blom keluarkan smp utk sy uruskan loan.. harap tuan dapat bantu. terima kasih.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *