Maklumat Terkini, 13 Oktober 2010 | Pendaftaran untuk kursus ini hanya tinggal untuk 3 tempat lagi. Insyaa-Allah pendaftaran akan ditutup dalam masa terdekat.
————————————————-
Assalamualaikum Tuan dan Puan yang dimuliakan oleh Allah,
Berdasarkan emel dan pertanyaan yang belum ditunaikan,
Insyaa-Allah pada hari Ahad bersamaan dengan 21 November 2010 akan diadakan satu workshop berkenaan perlaburan dalam hartanah @ iaitu rumah. Ianya sesuai kepada Tuan dan Puan yang ingin memiliki lebih dari sebuah rumah sebagai sumber pendapatan pasif.
Ada orang melihat sampah itu kotor, ada orang melihat sampah itu duit
Ada orang melihat rumah itu membebankan kerana perlu keluar duit, ada orang melihat rumah itu menguntungkan kerana duit masuk
semuanya bergantung kepada perspektif kita. Apa yang dapat menukar perspektif kita adalah ilmu yang kita perolehi melalui pengalaman baru sama ada melalui buku, training dan mentor.
Pelajari bagaimana kita dapat duit ekstra, harta ekstra dan bersara awal jika perlu.
Antara yang kita akan perolehi melalui kursus ini adalah “
1. Bagaimana membeli rumah dengan diskaun 80 – 110 % berdasarkan pengalaman trainer itu sendiri
2. Membeli rumah dengan menggunakan duit orang lain
3. Membeli lebih dari sebuah. Ada yang membeli 4 dan ada yang memiliki 120 buah rumah sewa
4. Menghasilkan Insurans pendidikan anak-anak yang Islamik dan percuma
Dan Insyaa-Allah banyak lagi jika dipermudahkan dan diizinkan oleh Allah, pemilik sekelian alam
Yuran Perlaburan RM 188
Pembayaran awal sebelum 4 November adalah RM 158
Terhad : 10 orang sahaja
Trainer : Shamsuddin Kadir
Kepada yang berminat boleh hantarkan emel ke info@sk.my, nama, nombor telefon yang boleh dihubungi dan alamat.
Selepas mendapat pengesahan kekosongan tempat, mohon Tuan dan Puan membuat pembayaran seberapa segera, kerana pengesahan tempat adalah berdasarkan pembayaran yang diterima. ‘First Come First Serve’.
Bagus jika Tuan dan Puan dapat membaca buku Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah, sebelum menghadiri kursus ini, supaya lebih banyak ilmu baru yang dapat dikongsi dan juga Tuan dan Puan boleh bertanya dengan lebih banyak soalan.
3 comments on “Kursus Buat Duit Dengan Rumah Ahad 21 November 2010”