Pinjaman 7 Tahun ataupun 20 Tahun ?

Assalamualaikum.

Saya ingin membeli sebuah apartment bernilai RM52000. Pinjaman Islamik Bank Kita (bukan nama sebenar) ialah RM46,500.

Terdapat beberapa opsyen pembayaran :

1) 7 tahun-RM750

2) 10 tahun -RM501

3) 15 tahun – 374

4) 20 tahun – 312

Saya sudahpun memiliki rumah impian sendiri yang sudah selesai pembayarannya.

Saya bercadang untuk TIDAK MENYEWAKAN apartmen ini.

Apakah pilihan terbaik saya ? Saya sudahpun membaca kesemua buku SK. Saya menyimpan sebanyak RM1,500 sebulan.

Faizal

___________________________________

Waalaikummusalam Tuan Faizal,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan dengan kebaikan yang datang mendadak, pada setiap pagi dan petang hari ini. Amin.

Saya cukup bersyukur dan gembira apabila Allah memperbanyakan individu yang mulia seperti Tuan untuk menikmati kehidupan dengan bahagia dan diredhai oleh Allah.

Berikut adalah  jumlah yang Tuan akan bayar berdasarkan pilihan yang Tuan senaraikan.

1. RM 63,000

2. RM 60,120 (Saya tidak pasti kenapa ianya berkurangan, sepatutnya lebih mahal)

3. RM 67,320

4. RM 74,880 (umpama beli dua buah apartmen, satu untuk kita, sebuah lagi dihadiahkan kepada bank).

Jika dalam masa 7 tahun Tuan tidak mampu menghasilkan pendapat lebih tinggi daripada keuntungan yang diambil dari Tuan oleh bank itu, maka lebih Tuan memilih untuk mengambil 7 tahun sahaja.

Jika Tuan ingin buat duit bagi memiliki lebih banyak rumah, maka pilihan nombor 4 adalah terbaik seperti mana Tuan membaca buku-buku itu.

Akhir kata, saya mendoakan supaya Allah melipatkan rezeki halal Tuan, supaya lebih banyak orang yang miskin dan fakir mendapat menfaat dari kita yang dikurniakan nikmat rezeki oleh Allah.

Shamsuddin Kadir

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *