Overdraft Untuk Melabur Dalam ASB

Shamsuddin Kadir

Shamsuddin Kadir Apabila kita menerima RM 50 dari seseorang kita tidak dapat bezakan sama ada duit itu adalah duit halal ataupun duit yang dihasilkan melalui sistem Riba. Walau bagaimanapun duit haram itu tetap dapat dilihat secara jelas dan terang bermula kita disemadikan di liang lahad. Berhati-hati dengan perlaburan yang berlandaskan overdraft yang tidak islamik yang disandarkan kepada ASB. Kaya di mata dunia, Muflis di Akhirat.

‘Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan tinggalkanlah saki baki RIBA jika kamu beriman, jika kamu engkar, maka istiharkanlah perang terhadap Allah dan Rasulnya.” Ayat 277 – 278 Al-Baqarah (untuk bacaan sepenuhnya rujuk kepada Terjemahan Al-Quran).

Ini adalah ayat yang menunjukkan dosa yang Tuhan paling marah. Itu kata Imam Maliki. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita membebaskan dan membersihkan kita dari sisa ataupun saki baki riba yang ada dalam diri kita. Semoga nyawa kita tidak diambil dalam masa kita masih tidak sempat menutup akaun-akaun RIBA.

Iman Hanifa memaklumkan, inilah ayat yang beliau paling takut untuk membacanya, di akhirat nanti, manusia-manusia yang mengambil dan menyokong institusi berlandaskan riba untuk dibunuh seperti mana pengistiharan perang oleh Allah dalam Al-Quran.

7 comments on “Overdraft Untuk Melabur Dalam ASB”

  1. CheLi Reply

    Tuan SK, terima kasih atas ingatan. 3 bulan lepas, saya telah terlibat dengan overdraft yang tidak islamik yang disandarkan kepada ASB kerana keghairahan mengikuti nasihat kewangan di blog pelaburan. Tujuan overdaft tersebut adalah bagi pelaburan seperti deposit pembelian rumah untuk disewakan ataupun pelaburan emas fizikal (jongkong emas & dinar emas). Bagaimanapun, pada Jun lepas saya telah membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan merujuk artikel-artikel lama di blog Tuan SK. Kesedaran timbul semula atas kealpaan dalam kegairahan melabur melalui sistem Riba. Sekarang, saya cuba untuk menghabiskan baki hutang overdaft secepat mungkin dan ingin beralih kepada sumber pembiayaan yang halal.
    Tuan SK, saya mohon jasa baik untuk memberi nasihat dan mencadangkan alternatif sumber pembiayaan seumpama overdaft tetapi mematuhi sistem kewangan syariah. Tahu tapi Alpa Dalam Kegairahan Pelaburan di Dunia.

  2. yusrybadli Reply

    tuan SK,Islam itu mudah untuk diamalkan dan diikuti tetapi ingin melaksanakan keseluruhan adalah sukar(bagi segolongan insan).Dlm islam pun ada menyebut,kalau ada rasa ragu2 tentang sesuatu perkara bertanya (pada yang arif) dan bila mendapat jawapan terpulanglah kepada kita samada meneruskan atau meninggalkan hal tersebut…..TEPUK DADA TANYA IMAN.

  3. zul Reply

    Tuan SK, terima kasih atas ingatan ,saya mohon jasa baik untuk memberi nasihat dan mencadangkan alternatif sumber pembiayaan seumpama overdaft tetapi mematuhi sistem kewangan syariah

    saya ingin bertanya saya buat overdraft dgn cimb bank ..

    email saya zola80@gmail.com

  4. Rais Reply

    Pada asalnya ia adalah riba. Tapi kemudian bertukar menjadi bunga. Kemudian bertukar lagi menjadi faedah. Atau terkadang disebut dalam BI dengan sebutan interset. Sehingga ramai orang tak menyedari bahawa pada hakikatnya ia adalah sama, RIBA.

  5. atikah Reply

    salam…

    saya tidk berapa faham..adakah ini sama dengan loan asb yang kita buat…saya ada buat loan asb melalui maybank..adakah caj ini dikira sebagai riba..harap pihak tuan dapat memberi maklum balas. melalui email jika tidak keberatan. t.kasih

  6. Ashida Reply

    Assalamualaikum…
    Saya ada simpanan asb hasil dr loan w Rhb. Skrg tlh disandar kpd bank utk od facility. Dan saya buat asb loan lagi kali kedua yg habis 2013. Itu saja cara utk paksa menyimpan. Od yg ada skrg saya guna utk investment beli jongkong emas dan yearly bayar zakat utk simpanan dan harta…
    Adakah cara saya melabur salah dr sisi agama…Perlukan nasihat dan tunjukajar…

    Terimakasih

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *