Saya telah diisytiharkan muflis kerana kegagalan mengurus kewangan. Dalam keadaan yang ada, adakah saya dapat menggunakan tips dari SK sebab saya telah baca buku tulisan Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Saya telah buat analisis data hutang saya sejumlah lebih dari RM90,000.00. Ini termasuk kereta yang telah ditarik 2 unit, 2 kad kredit, OD bank dan beberapa hutang persendirian dengan saudara mara.
Kekuatan yang saya ada untuk menyelesaikan hutang ini adalah dengan sumber dari perniagaan kontrak kerja. Tapi saya tak selalu dapat kontrak kerja sebab kena masuk lawan harga.
Saya ada kelas F sekarang. Saya nak betulkan balik tapi nak tahu dari mana sepatutnya nak mulakan. Modal untuk kerja dah tak ada lagi. Hanya dengan keadaan dapat kerja kecil – kecil sahaja. Boleh tak berikan saya sedikit idea?
Ahmad Fahmi (bukan nama sebenar)
_____________________________________
Pertama-tamanya tahniah, di atas usaha Tuan untuk bangkit semula. Bankrap adalah perkara biasa, di California salah satu dari kelebihan bagi mendapat beberapa pekerjaan tertentu, adalah kita mesti pernah bankrap. Yang penting selepas bankrap kita bangkit semula bagi menjelaskan semua hutang kita.
Allah memberi pahala bukan di atas hasil yang kita dapat, tetapi di atas usaha kita.
Tuan boleh datang ke pejabat kami di Wangsa Melawati. Mohon emelkan tarikh dan temujanji yang dicadangkan ke info@sk.my, staf yang berkenaan akan membalas emel Tuan dan menyatakan tarikh yang Shamsuddin Kadir lapang.
Agak susah bagi menerangkan, Tuan dipersilakan untuk hadir dipejabat pada tarikh dan masa yang kami persetujui nanti. Sebaiknya, baca buku Memulakan Bisnes Sendiri oleh Puan Ainon Mohd. sebelum bertemu dengan Shamsuddin Kadir.
Bayaran : PERCUMA.
Shamsuddin Kadir
3 comments on “Bankrap: Ingin Bangun Semula”