Hari Raya Semakin Hampir Panggilan Untuk Buat Hutang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan dan Puan (sepupu) yang dimuliakan.

Beberapa hari yang lepas saya ada terbaca satu brosur skim ansuran mudah antara terbesar di Malaysia sudah menawarkan skim buat hutang, supaya kita dapat menyediakan hiasan dalam rumah termasuk sofa baru.

Perkara yang saya paling terkejut adalah bulan Ramadhan belum pun sampai, panggilan untuk beraya sudah sampai. Umpan terbesar yang diberikan adalah barangan yang dibeli tidak perlu bayar sekarang, bayar hanya selepas raya. Umpan besar, membuatkan kita menangung hutang besar.

‘Orang yang merasakan diri mereka mahal, mereka tidak memerlukan barang-barang yang mahal untuk dilekatkan pada badan ataupun di sekeliling mereka’

Skim Ansuran Mudah adalah Barah Kewangan yang membuatkan hidup kita tertekan sepanjang hayat.

Barah kewangan menghilangkan ketenangan dalam hidup kita.

Apabila kita merasakan diri kita mahal, kita tidak perlu beli simbol-simbol kekayaan yang palsu itu.

1 comments on “Hari Raya Semakin Hampir Panggilan Untuk Buat Hutang”

  1. yusrybadli Reply

    salam SK.begitulah lumrah manusia,’lapar perut’ belum dirasai tapi ‘lapar mata’ dapat dikesan dari kejauhan.Sebelum ‘lapar’ yang lain menyerang,marilah kita ‘berpuasa’ sunat sempena penghujung Rejab dan ketibaan Sya’ban sebelum kewajipan di Ramadhan.Mudah-mudahan kita akan ‘kekenyangan’ di Syawal kelak.AMIN….

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *