Bahasa Pasar dan Pasaraya Menentukan Kejayaan Kita

Petikan Asal:

Assalammualaikum…

Saya sedang cuba biz kecil-kecilan.. saya mula dengan menjual kain sut/pasang.. Alhamdullillah modal kuar RM1k lebih ler tapi kain tue cepat abeh.. seronok sangat. Tapi dalam serook2 tu ader kawan2 beli hutang.. dan sampai sekarang diorg tak bayar utang :(. Sedih nyer.. itu cerita tahun lepas.. Tahun ini saya meniaga lagi.. saya jual lagi kain… tudung dan yang terkini kek lapis… Saya berdoa agar kali nie menjadi.. Modal? Tak banyak pun… RM 400 jer… hope dapat bertukar mcm Puan Hamidah ke RM 4K… :)

Petikan yang telah diperbetulkan adalah seperti di bawah

Assalammualaikum

Saya sedang mencuba bisnes kecil-kecilan.

Saya mula dengan menjual kain sut/pasang.

Alhamdullillah modal keluar RM1k lebih tetapi kain itu cepat habis. Seronok sangat. Tetapi dalam seronok itu ada kawan-kawan beli secara hutang dan sampai sekarang mereka tidak bayar hutang.

Sedih nya. itu cerita tahun lepas. Tahun ini saya meniaga lagi. Saya menjual kain lagi. Tudung dan yang terkini kek lapis. Saya berdoa agar kali ini menjadi. Modal? Tidak banyak pun cuma RM 400. Harap dapat bertukar macam Puan Hamidah menjadi RM 4,000 :)

——————————————–

Apabila kita bercakap ataupun menulis, orang dapat mengenali kita sama ada orang pasar ataupun pasaraya.

Seperti mana kita melihat pasar, di mana lantainya basah, lantainya kotor, barangan tidak tersusun, bunyi bising dan harga boleh ditawar.

Begitulah kita akan dilihat sebagai orang pasar, apabila bahasa percakapan kita ataupun tulisan kita bahasa pasar, orang di luar sana akan melihat kita sebagai ahli bisnes yang boleh ditawar menawar dan barangan kita kurang berkualiti.

Apabila kita memasuki pasaraya, kita dapati lantainya bersih, lantainya kering, barangan disusun dan harganya tetap.

Oleh itu, jika kita ingin dilihat sebagai orang ‘Pasaraya’ walaupun berniaga di pasar, gunakan bahasa pasaraya.

Bahasa pasaraya membantu meyakinkan pelanggan kita berkenaan produk dan kualiti produk yang kita tawarkan.

Di atas hanyalah satu dari contoh bahasa yang kita tulis.

1 comments on “Bahasa Pasar dan Pasaraya Menentukan Kejayaan Kita”

  1. isham Reply

    wah, satu tunjuk ajar yg menarik bg saya..tidak sedar rupanya benda yg nampak kecil memberikan kesan yg amat besar,TQ saudara kerana mengingatkan dan memberi panduan kepada org mcm saya yg baru berjinak-jinak menulis..nasib saya baik kerana membuka blog saudara..TQ

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *