Apabila kita mendapat jemputan majlis perkahwinan (bertol) ataupun kenduri Kesyukuran, hadiah yang paling bagus dan bernilai untuk kita berikan adalah hadiah yang benar-benar diperlukan oleh pasangan pengantin baru tersebut.
Apabila kita memberikan hadiah yang ‘tidak diperlukan’ seperti pinggan mangkuk, barangan hiasan, ini membuatkan penerima barangan itu mengeluh di hati, kerana melihat lambakan pingan mangkuk yang terlampau banyak dari pelbagai hadirin yang biasannya mencecah lebih dari RM1,000 secara total. Bayangkan jika sepasang tetamu datang membawa hadiah berisi pinggan mangkuk berharga RM 35. Tetamu seramai 30 orang sudah membawa pinggan mangkuk yang sudah berharga RM 1050.
Biasanya ada 5 – 10 set pinggan mangkuk yang sama, kerana, semuanya membeli di pasaraya yang sama.
Yang menjadi bertambah kaya adalah PASARAYA, yang terpaksa mengumpul stok pinggan mangkuk yang tidak perlu adalah pengantin baru. Mungkin sehari selepas majlis, pengantin baru itu dapat membuka JUALAN GARAJ di rumahnya bagi menjual pinggan mangkuk itu dengan separuh harga.
Antara perkara yang pengantin baru paling perlukan adalah duit, sama ada secara tunai ataupun duit yang dimasukkan ke dalam akaun mereka.
Keperluan belanja yang teramat besar berlaku sebaik sahaja majlis kenduri selesai di kedua-dua belah pihak, di mana mereka perlu menangung kos perpindahan ke rumah sewa yang kosong. Keperluan asas seperti Peti Sejuk, Mesin Basuh, Pengisar (Blender), Periuk Nasi dan sebagainya.
Jika kita memerlukan nama kita diketahui oleh penerima duit pengantin baru itu, tuliskan nama kita pada sampul duit itu. Jika tidak perlu, kita boleh bagi tanpa sampul. Jumlah yang kita mampu dan ikhlas sama ada
RM 5, RM 10, RM 20, RM 30 dan sebagainya.
Semoga tiada lagi pengantin-pengantin baru yang mengeluh sempena majlis perkahwinan di musim cuti sekolah ini. Amin.