Hiasan Yang Disukai oleh Tetamu Kita

Apabila kita datang bertandang ke rumah orang lain, kita ada keinginan bagi mendapatkan ‘servis’ layanan yang sewajarnya.

Antara keperluan utama tetamu yang datang ke rumah kita adalah :

1. Kita dialukan oleh Tuan rumah dengan mereka menemani kita sewaktu kita berada di rumah mereka

2. Kita disediakan tempat untuk duduk yang selesa (Kita tidak kisah walaupun kerusi itu sudah lama)

3. Kita inginkan pengaliran udara yang baik supaya kita tidak berpeluh. Jika sebagai Tuan rumah kita mampu, sediakan penghawa diri di ruang tamu.

4. Kita disediakan dengan jenis minuman ataupun makanan sebagai menjadi satu dari petunjuk kita diraikan oleh tuan rumah.

Jika kita tidak dapat menyediakan penghawa dingin di ruang tamu rumah, kewujudan kipas yang berfungsi bagi meningkatkan lagi pengaliran udara dalam rumah itu sudah mencukupi.

Jika kita hanya mampu membeli sebuah penghawa dingin  sahaja untuk rumah kita, paling bermanfaat apabila ianya diletakkan di ruang tamu. Jika kita mampu membeli 2 buah, maka yang kedua itu kita tempatkan dibilik tetamu dan jika kita mampu belikan 3 buah penghawa diri, maka yang ketiga itu kita tempatkan di bilik kita (bilik tidur utama).

Memuliakan tetamu adalah satu keutamaan dalam Islam, kerana kedatangan tetamu ke rumah kita adalah dengan membawa keberkatan dan mereka balik dari rumah kita dengan membawa dosa-dosa kita keluar. Saidina Ali pernah menangis apabila 3 hari tiada tetamu datang ke rumahnya.

Hiasan yang diperlukan oleh pelanggan adalah keselesaan fizikal dan mental. (sejuk, selesa dan layanan yang peramah mengunakan ‘ketampanan dan kejelitaan sosial’.

Keperluan kita sebagai tuan rumah adalah bagi mengalakkan semakin ramai individu sudi bertandang ke rumah kita, supaya lebih banyak rahmah Allah masuk ke dalam rumah kita (menyegarkan roh kita) dan juga mereka pulang dengan membawa keluar dosa-dosa kita.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sepupu yang telah, sedang dan akan bertandang ke rumah kita dan pejabat kita.

Alhamdulilah, sejak 10 Mei lalu seorang sepupu yang tinggal di Kuching Sarawak iaitu Tuan Abdul Razak Bahtrem menjadi tetamu di Pejabat Ultra Mind Resources sehingga 21 Mei nanti. Semoga dengan kedatangan beliau secara bermusim dan sepupu lain memberikan kebaikan kepada kita semua amin.

Mengikut kajian oleh manusia, orang sangat suka datang ke rumah di mana pasangan tuan rumah (suami dan isteri) bahagia.

Shamsuddin Kadir

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *