Tanda-tanda pemilik hutang yang baik

Percaya atau tidak masih ada orang yang memiliki hutang yang menyebabkan mereka semakin lama semakin kaya. Kegembiraan orang-orang yang memiliki hutang jenis ini adalah apabila mereka melihat posmen mereka akan gembira sambil tersenyum. Apabila mereka melihat bangunan bank atau sekadar melihat logo bank tersebut di dalam surat khabar, hati mereka akan gembira dan mulut mereka tersenyum manis. Mereka ini adalah orang yang memiliki ilmu kewangan yang cekap. Mereka ini adalah orang-orang yang selalu menerima surat dividen dan surat penyata bank yang menunjukkan wang di dalam akaun mereka tercatat sebanyak beratus-ratus ribu ringgit. Mereka adalah orang-orang yang mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang cekap. Adakah kita tergolong di kalangan orang-orang yang sebegini?

—————————————————————————————————————————————————————————-Ingin tahu ilmu pengurusan kewangan peribadi yang cekap? Sertai Kursus Bengkel Mengurus Wang (BMW) yang akan dijayakan Tuan Shamsuddin Kadir di Ultra Mind Resources pada 24 April ini (Sabtu). E melkan nama, no tel, dan sebab ingin menyertai kursus ini kepada info@sk.my. Bayaran sebanyak RM50 dan terhad kepada 6 orang peserta sahaja. Sebarang pertanyaan hubungi Tuan Halim di 03 4142 5300 pada dari hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Status kewangan peribadi kita tidak akan diketahui oleh peserta lain dan trainer. Kerana kursus ini membantu kita mengetahui status kewangan kita dan bagaimana kita dapat menguruskannya menggunakan pendekatan yang mudah.

Abdul Halim Bin Esa

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim Ultra Mind Resources

2 comments on “Tanda-tanda pemilik hutang yang baik”

  1. mizal Reply

    Saya amat bersetuju dengan rencana “tanda-tanda pemilik hutang yang baik” kerana saya amat seronok bila berada di bank atau hanya lalu di hadapan bank.
    Pihak bank banyak memberikan kemudahan untuk kita berhutang bagi menambahkan kekayaan.Kita cuma perlu bijak mengurus hutang yang diberikan oleh pihak bank.
    Hutang yang banyak tidak semestinya membuatkan kita dibelenggu dengan kesusahan malah hutang yang banyak menyebabkan kita tersenyum kegembiraan.

    adakah kita tergolong dikalangan orang-orang yang banyak berhutang tetapi tersenyum panjang?

    renung-renungkanlah.

  2. julia Reply

    saya juga kadang kala ragu-ragu, saya telahpun membuat pinjaman di Bank pilihan ramai, untuk membina rumah sewa ….tapi berdebar juga, maklumlah potong angkasa byk sangat…..tapi berdasarkan pengalaman lalu, rumah sewa kat area kawasan rumah saya tu, memang laku…sewa dgn student
    cumanya , tak tau nak sewa dengan perabot atau tak..

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *