Tuan,
Nama saya mohd Aziz (bukan nama sebenar). Saya ada soalan urgent berkenaan pelaburan service apartmen :
1. Sudah banyak buku yg mengatakan bahawa service apartmen tidak dilindungi di bawah akta perumahan kerana ianya termasuk kategori hartanah komersial dan tidak digalakkan melabur. Namun ada agen perumahan termasuk dari firma guaman yang memberitahu saya bahawa kini service apartmen sudah dilindungi di bawah akta perumahan ? Adakah benar ? Menurut mereka akta perlindungan ini diubah lebih kurang dua tahun lalu.
2. Saya sebenarnya dalam proses membeli studio unit service apartmen ketika ini tetapi masih memikirkan pro kontra. Pemaju memberi jaminan pulangan sewa sebanyak 7% sepanjang 5 tahun. Harga studio unit itu ialah rm 179,800 seluas 491sf. Adakah ini pelaburan yang berbaloi. Ianya terletak di Melaka di kawasan yang strategik dan diuruskan oleh syarikat yang menjadi ahli ‘king’ (bukan nama sebenar) hotel.
Mohon jawapan segera dari tuan. Terima kasih
Aziz Jaafar (AJ) Bukan nama sebenar
————————————-
Saya ada terbaca berkenaan dengan hasrat Kementerian Perumahan untuk memasukkan servis apartmen di dalam akta perumahan. Perkara pertama yang kita perlu tahu, adalah kenapa kontraktor ingin membina apartmen di kawasan yang telah digazettekan sebagai tanah komersial iaitu sesuai untuk bangunan pejabat? Jika menjual lot pejabat lebih menguntungkan kenapa pemaju ingin mengantikan dengan apartmen?
Pemaju hanya ada satu pilihan bagi membangunankan tanah itu untuk penempatan penduduk dengan memohon di atas Servis Apartmen.
Janji pemaju bahawa mereka menjamin pulangan sebanyak 7% adalah sesuatu yang teramat normal yang diberikan oleh pemaju, tetapi sehingga hari ini, saya belum terdengar ataupun dihubungi oleh pembeli bahawa pemaju telah mengotakan janji mereka. Banyak yang sudah lingkup.
RM 180,000 untuk ruang dalam rumah seluas 500 kaki persegi adalah sesuatu yang berisiko tinggi terutama di bandar Melaka.
Walau bagaimanapun, ada satu cara bagi kita menilai sama ada patut kita membeli ataupun tidak Isthikarah. Secara peribadi saya tidak akan membelinya.
Bayaran penyelenggaraan servis apartmen lebih tinggi dari apartmen dan sebahagian besar lebih tinggi dari Kondominium walaupun saiznya lebih kecil dari apartment kos rendah.
Shamsuddin Kadir