Sepupu Kita : Bayar PTPTN Guna Dividen ASB

Saya mempunyai hutang PTPTN sebanyak RM23000.Saya bercadang membuat loan ASB dengan Maybank untuk RM20000. Bayaran bulanan adalah RM203 sebulan.

Dalam kiraan saya, selepas 15 tahun simpanan ASB saya akan meningkat kepada RM30,000.

Adakah ini tindakan bijak?

—————————-

Tahniah di atas seorang lagi individu yang bijak dan berilmu yang dihormati.

Tuan, mengunakan dividen ataupun nilai sebenar Amanah Saham Bumiputera bagi membayar hutang PTPTN adalah satu langkah baik, di mana dividen tahun ASB boleh digunakan juga bagi membayar ansuran PTPTN secara setahun sekali.

Mengambil pinjaman bagi membeli saham ASBĀ boleh jika Tuan dapat mencari pembiayaan yang Islamik (halal) dari bank.

Majlis fatwa ada mengeluarkan kenyataan bahawa melabur dalam ASB adalah harus, walau bagaimanapun itu terpulang kepada Tuan sama ada ingin melabur ataupun tidak.

Apa yang hendak ditekan di sini adalah pembiayaan membeli ASB mestilah mengunakan pembiayaan yang halal.

Shamsuddin Kadir

1 comments on “Sepupu Kita : Bayar PTPTN Guna Dividen ASB”

  1. Mohd Ridzuan Reply

    Di Maybank ada menawarkan pinjaman ASB-i iaitu Islamic Loan.Saya rasa kita boleh memohon melalui cara itu.satu cadangan yg baik bayar PTPTN guna dividen ASB.Bayar 1 tapi dapat 2 faedah.2 in 1.Terima kasih..

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *