Secara asas, setiap orang berhutang untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti rumah, kereta, dan pelajaran. Syukur sekiranya kita hanya mempunyai hutang-hutang yang asas seperti ini sahaja dan sedaya upaya tidak menambahkannya.
Namun, apabila nafsu boros dan ingin bermewah-mewah menguasai diri, ada orang memilih untuk hidup melebihi kemampuan diri dengan memiliki lebih dari sekeping kad kredit, membeli sofa, tv, meja makan menggunakan skim ansuran mudah, mengambil pinjaman peribadi dan sebagainya. Tanpa perancangan mereka menambah hutang sehingga kepada satu tahap mereka sendiri tidak tahu berapa jumlah hutang yang ditanggung sehinggalah pihak bank menelefon setiap hari meminta menjelaskan tunggakan hutang, dikejar oleh ceti haram dan kad kredit yang digunakan melebihi had maksimum.
Orang yang merasakan dirinya mahal tidak memerlukan barangan yang mahal di sekeliling mereka. Orang yang merasa dirinya murah akan sibuk mencari simbol-simbol kemewahan untuk digunakan sekeliling mereka.
————————————————————————————————————————————————————————–Ingin tahu ilmu mengurus wang? Sertai Kursus Bengkel Mengurus Wang (BMW) yang akan dijayakan Tuan Shamsuddin Kadir di Ultra Mind Resources pada 24 April ini (Sabtu). E melkan nama, no tel, dan sebab ingin menyertai kursus ini kepada info@sk.my. Bayaran sebanyak RM50 (LUARBIASA MURAH) dan terhad kepada 8 orang peserta sahaja. Sebarang pertanyaan hubungi Tuan Halim di 03 4142 5300 pada dari hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
Status kewangan kita tidak akan diketahui oleh peserta lain dan trainer. Kerana kursus ini membantu kita mengetahui status kewangan kita dan bagaimana kita dapat menguruskannya menggunakan pendekatan yang mudah.
Abdul Halim Bin Esa
Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim Ultra Mind Resources
2 comments on “Kenapa kita berhutang?”