Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada semua sepupu yang dimuliakan,
Kajian yang dilakukan dari masa ke semasa mendapati, banyak individu tidak berjaya menguruskan kewangan dengan baik apabila hanya seorang sahaja yang melakukannya. Di mana jika isteri yang berdisiplin bagi mengikuti cara mengurus kewangan, suami pula melakukan yang sebaliknya.
Sebaliknya, jika suami yang berdisiplin, isteri pula yang tidak menghiraukan tentang kaedah mengurus kewangan dengan bijak.
Selagi kedua-dua individu ini (suami dan isteri) tidak memiliki kemahiran dan juga keputusan bagi mengikuti apa yang dipelajari, selagi itu status kewangan keluarga kita menjadi porak-peranda.
Jika kita membaca buku kewangan pastikan pasangan kita turut membacanya ataupun, pasangan kita itu mendengar ulasan kita berkenaan dengan buku tersebut.
Jika waktu malam digunakan bagi menonton filem pada setiap malam, bila masa kita ada masa bersama pasangan untuk membincangkan hala tuju masa depan kita. Sudah berapa tahun yang kita habiskan menonton tv dan berapa banyak duit yang kita belanjakan bagi membeli cd, dvd, menonton di panggung wayang (jika ada) dan juga membayar saluran berbayar untuk siaran tayangan gambar 24 jam sehari di skrin tv kita.
Antara keseronokan utama apabila berkeluarga berlaku apabila masing-masing ingin memberikan pendapat dan pandangan berdasarkan buku yang mereka baca dan berbincang bagi mengaplikasikan dalam kehidupan.
Shamsuddin Kadir