Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada semua tetamu dan sepupu yang dimuliakan, di dalam Islam semua jenis tilikan adalah haram dalam Islam dan ianya membawa kepada hukuman yang amat dahsyat. Apabila kita merasa kurang bersemangat, ataupun cita-cita kita belum tercapai ataupun bisnes kita belum berjaya, jangan kita terpengaruh dengan gejala syirik yang sentiasa ada di dalam pasaran.
Shamsuddin Kadir Selepas cara tilikan lama tidak diminati oleh masyarakat, timbul pula cara menilik yang terbaru dan terkini diperkenalkan. Asasnya tetap sama, bagi melihat kekuatan, kehebatan ataupun kekayaan yang ada dalam diri. Kini tilikan bertumpu kepada nombor.
Shamsuddin Kadir Tilikan kehebatan diri melalui tarikh lahir ataupun bulan kelahiran. Seorang ustaz dalam program Al Kulliyah, 2 minggu lalu menyatakan hukumnya murtad apabila kita mendapatkan khidmat ingin mengetahui kelebihan dan kekuatan diri melalui tarikh kita lahir dan sebagainya.
Tarikh lahir kita yang dikira adalah mengikut bulan Januari sehingga Disember itu bukan bulan Islam. Jika tarikh itu memang ada kaitan dengan kehebatan manusia, maka kita mengesahkan bahawa agama bukan Islam yang mencipta kalendar Januari – Disember itu betul.
Shamsuddin Kadir
Pelajar Sarjana jurusan Kaunselling