Kebanjiran peluang membuat hutang yang melebihi dari had menjadikan sebahagian kakitangan swasta dan kerajaan terpaksa memikirkan hal peribadi sewaktu di pejabat.
Mengikut kajian yang dibuat, individu yang memiliki bebanan hutang dibuat adalah yang paling banyak menghasilkan kualiti tugas dan prestasi di bawah paras normal.
1. Membeli kereta dengan tempoh pinjaman maksimunm.
2. Membeli rumah untuk didiami sendiri dengan tempoh pinjaman dan ansuran maksimum.
3. Mengambil pinjaman peribadi walaupun RM 5,000.
4. Membeli barangan perabot, tv, peti sejuk, katil dan lain-lain mengunakan skim ansuran mudah
5. Membeli barangan dapur mengunakan kad kredit, dan membayar secara ansuran setiap bulan
6. Menghiasi rumah dengan barangan yang hanya mencantikkan rumah, tetapi tidak memberi keselesaan kepada tetamu.
Individu-individu yang menangung bebanan di atas adalah pekerja yang membuatkan organisasi yang mengambil mereka bekerja terpaksa membayar lebih dari apa yang mereka dapat. Peluang untuk organisasi seperti ini gulung tikar, teramat tinggi.
Apabila kita memulakan bisnes sendiri ataupun menjadikan majikan ataupun bekerja di bahagian sumber manusia, kita perlu mengelakkan dari membiayai pekerja yang prestasinya tidak menghasilkan keuntungan.
Apabila kita termasuk dalam kumpulan individu yang dibebani dengan hutang seperti di atas, apa yang buat adalah membebaskan diri kita dari terus melakukan aktiviti yang membebankan kita.
Shamsuddin Kadir