Buku HIdup Tenang Walaupun Berhutang Edisi Kemas Kini

Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman Tuan dan Puan (semua sepupu) yang amat dimuliakan,

Buku kita Hidup Tenang Walaupun Berhutang telah dipertingkatkan dengan edisi Kemas kini setelah lebih 3 tahun berada di pasaran. Semua ini dilakukan di atas usaha semua sepupu sama ada yang membacanya, yang mendoakannya, yang mengaplikasikan ilmu dari buku tersebut dan yang menganjak sepupu lain bagi membacakannya.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih (kita suka).

Kali ini gambar Shamsuddin Kadir terpampang di ruang hadapan buku. Saya dimaklumkan, ianya di atas permintaan bahagian sales PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Terima kasih di atas kepada Tuan Irfan Jani dan Tuan Aizat yang ‘mendorong’ supaya ianya dikemaskini.

Buku ini dengan izin Allah dapat diperolehi mulai 22 Mac 2010 di Pesta Buku 2010 nanti.

Shamsuddin ada dua program di atas pentas utama iaitu pada 21 Mac 2010 Sabtu jam 5 sehingga 6 petang dan 27 haribulan Mac pada pukul 12 tengahari.

Insyaa-Allah saya akan mula berada di PWTC mulai pada 21 Mac 2010.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *