Sepupu SK Sudah Berjaya ‘Tahniah’

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Kepada semua sepupu yang dimuliakan, semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan dan Puan dengan limpahan hidayah dan juga kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Pertama-tamanya saya mengucapkan syukur di atas emel, sms dan informasi yang dihantar melalui face book Shamsuddin Kadir, berkenaan kejayaan Tuan dan Puan yang berjaya membebaskan diri dari hutang hasil dari pembacaan buku-buku tulisan SK, menghadiri kursus dan juga melalui pembacaan blog ini.

Banyak juga individu yang memberi respons, mereka tidak sempat masuk perangkap hutang kerana terlebih dahulu membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan mengikuti kursus dan juga tips dari blog ini.

Tuan dan Puan, selain dari bacaan dan menghadiri kursus, saya ingin mencadangkan lagi agar sepupu semua mencari mentor yang ada perjuangan hidup.

Jika Tuan dan Puan tidak dapat bertemu dengan orang seperti itu, cari orang yang berumur ataupun yang sudah tua, dampingi hidup beliau, secara tidak disedari cara kita berbelanja berubah, cara kita bercakap dengan orang lain pun berubah, cara kita berfikir turut berubah dan yang paling penting, kita menjadikan diri kita seorang mentor baru yang akan dijadikan tempat rujukan dan juga ikutan.

Sudah tiba masanya mentor-mentor baru ini menyumbangkan pandangan dan buah ilmu Tuan dan Puan di halaman ini, saya juga ingin menjadi mentee Tuan dan Puan.

Jika dipermudahkan saya ingin mengadakan pertemuan dengan individu yang ingin menjadi ‘mentor baru’. Insyaa-Allah kita akan mempelajari bagaimana untuk menjadikan diri kita sebagai mentor iaitu memberi kebaikan kepada orang lain. Mengikut kajian saya, individu yang mengikuti informasi dalam blog ini lebih dari 10 kali, mereka itu sudah memiliki ciri-ciri mentor baru.

Mentor baru tidak semestinya dalam bidang kewangan.

Kami juga di Kumpulan SK juga sedang mencari individu berpotensi untuk digilap bagi menjadi sebahagian dari ahli keluarga Ultra Mind Resources.

Shamsuddin Kadir

2 comments on “Sepupu SK Sudah Berjaya ‘Tahniah’”

  1. Becky Norakmal Jasni Reply

    Assalamualaikum Tuan SK yang saya hormati,

    Saya juga antara yang tidak terjebak dengan hutang, masih mengekalkan status bebas hutang. Alhamdulillah. Buku tuan memang penuh dengan pengisian.

    Tuan SK,

    Saya dengan rendah hati ingin menjadi mentee kepada tuan. Didiklah saya agar saya bijak menguruskan peluang, bijak membuat keputusan dan berjaya pada keseluruhannya. Amin.

    Saya ingin turut serta bertemu ‘mentor baru’ nanti.

    Nota : Sudah lama tidak bertemu tuan. Dalam masa terdekat kita akan bertemu semula. Mahu minta ‘ubat bius semangat’ seperti yang saya minta dahulu. 😀

    Terima kasih tuan. 🙂

  2. khairudin maliki Reply

    Salam tuan SK… Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan tahniah kepada tuan kerana telah berjaya membantu ramai orang membebaskan diri daripada masalah kewangan terutama sekali “PERANGKAP HUTANG”. Saya akui salah satu RAHSIA kenapa saya “CELIK KEWANGAN” adalah selepas membaca 2 buah buku tulisan tuan iaitu “HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG” dan “MAKAN GAJI TETAPI KAYA”. Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana mempunyai kesedaran tentang “CELIK KEWANGAN” pada usia yang masih muda. Daripada apa yang saya pelajari, “apabila kita berjaya CELIK KEWANGAN pada usia yang masih muda bermakna kita telah dapat MENJIMATKAN WANG dan MASA DEPAN kita daripada KERUGIAN sepertimana yang dialami oleh orang-orang yang lebih tua daripada kita”. Jadi, kepada semua pembaca di luar sana, JANGAN LUPA mendapatkan semua buku tulisan tuan SK kita ni. Saya jamin… IQ KEWANGAN anda semua pasti “BERTAMBAH CELIK”. Terima kasih…. EN KHAIRUDIN MALIKI ( penulis blog BIJAK WANG : http://khairudinmaliki2010.blogspot.com )

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *