Kursus Menjadi Usahawan Super 4 April 2010

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Sepupu-sepupu yang saya amat muliakan,

Di atas permintaan yang di luar kawalan, kami akan menganjurkan lagi kursus Bisnes untuk individu yang baru ataupun sudah menceburi dunia bisnes.

Tarikh kursus akan di adakan pada hari Ahad bagi memudahkan kepada Tuan dan Puan untuk menyertainya.

Sehingga ke hari ini kursus yang dijayakan oleh Shamsuddin Kadir hanya mempromosikan bisnes-bisnes yang kita boleh jayakan dengan mengunakan ‘apa yang ada di tangan’. Ini bermaksud kita tidak perlu membuat bisnes yang akhirnya membuat kita menangung hutang ataupun tangan kita terbakar, di mana wang yang dilaburkan hangus.

Harga perlaburan kursus ini adalah RM 288, tarikh kursus pada hari Ahad, 4 April 2010. Kursus ini mengunakan sistem yang dipratikkan oleh individu yang memulakan bisnes mengunakan apa yang ada di dalam tangan, termasuk apa yang dipratikkan oleh Shamsuddin Kadir.

Modal permulaan bagi memulakan bisnes mestilah tidak lebih dari RM 100, itu jumlah maksimum yang kita boleh belanjakan untuk pelbagai bisnes walaupun bisnes besar.

Kepada yang berminat dipersilakan emelkan ke info@sk.my, tuliskan tajuk Kursus Menjadi Usahawan Super, sertakan nama, nombor telefon, status sama ada bekerja ataupun sudah memulakan bisnes dan juga jenis bisnes yang ingin dijalankan.

Kursus ini terhad kepada 10 orang sahaja bagi memastikan kualiti dan setiap peserta mendapat kemahiran maksimum.

Lokasi :  11-2 Jalan Wangsa Setia, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Untuk mendapat maklumat lanjut boleh hubungi 03 4142 5300 (Isnin sehingga Khamis) 9 Pagi – 4 petang sahaja.

Peserta kursus juga ditawarkan khidmat bimbingan sebanyak 4 kali yang akan di adakan sebulan sekali pada hari Ahad di Learning Station dengan bayaran RM 25 bagi setiap pertemuan selama selama 2 – 3 jam. Ini bagi memastikan kita dapat memperbaiki setiap langkah yang kita sudah mulakan dalam menjadi usahawan super. Peserta kursus yang terdahulu juga dialu-alukan untuk menyertai sesi bimbingan ini.

Bayaran yang diterima sebelum 15 Mac 2010 adalah RM 228, manakala pendaftaran antara 16 sehingga 30 Mac adalah RM 258 dan RM 288 bagi pembayaran yang diterima pada 31 Mac dan ke atas. Walau bagaimana, hanya 10 peserta sahaja yang dapat menghadiri kursus pada 4 April itu.

Bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank 562106 200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir, simpan bukti pembayaran dan emelkan ataupun fakskan bukti pembayaran ke info@sk.my ataupun faks ke 03 4142 7300.

6 comments on “Kursus Menjadi Usahawan Super 4 April 2010”

  1. rashidah hassan Reply

    Assalamualaikum Tuan Shamsuddin,
    Harap dalam keadaan sihat sejahtera. Mengenai kursus usahawan super ini, boleh kami minta permintaan untuk Pksclub? kami akan aturkan 10 orang juga setiap 2 minggu pada hari ahad. adakah harganya sama seperti dinyatakan diatas?
    Saya suka..

  2. imaduddin Reply

    assalamualaikum” tuan shamsuddin. saya sangat berminat untuk menjadi usahawan muslim super. tetapi saya tak mempunyai idea langsung untuk memulakan bisnes. knowledge saya tentang bisnes is zero. bagaimana saya nak pastikan idea bisnes tuan akan sesuai dengan saya?

  3. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Tuan Imaduddin,

    Kami tidak menawarkan apa-apa idea, kami memindahkan kemahiran berniaga kepada peserta kursus. Ini membantu Tuan dari zero to hero berkenaan dengan ilmu bisnes. Dari situ, Tuan mula membina idea Tuan sendiri ataupun idea yang diubahsuai mengikut citarasa Tuan.

    Apabila kita memasuki dunia bisnes tanpa ada kemahiran kita dibebani dengan keburukan yang datang mendadak, itu yang kita tidak ingin berlaku.

    Menghadiri kursus ini umpama Tuan dilahirkan dari keluarga yang semuanya ahli bisnes, di sini Tuan dan melihat dan mempelajari kemahiran bagi membuat bisnes seperti orang yang sudah berniaga berpuluh-puluh tahun.

  4. Hairizal a.k.a jaigoku Reply

    Saya adalah peserta kursus terdahulu Tuan SK.

    Saya menggalakkan Tuan-Tuan dan Cik Puan Cik Puan untuk menghadiri kursus ini. Kini saya telah mempunyai ilmu keusahawanan dan dengan modal RM100.

    Semua yg saya usahakan adalah bermodalkan kurang dari RM100. Bukankah itu suatu yg memeranjatkan?

    Kini saya tidak berasa takut kerana saya juga sudah ada networking yang hebat!

    Saya bermula dengan hanya sambilan sahaja dan pada pertengahan bulan Mac, iaitu sempena minggu Pameran Buku Antarabangsa saya akan bergelar usahawan sepenuh masa. Kini saya bebas! 🙂

    Saya Suka

  5. ct 5rus Reply

    salam..kursus pd bulan jun 2010 ada tk krn bln 6 br dpt cuti..sy berada di srwk

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *