Pada beberapa hari lalu, saya sempat menonton sebuah dokumentari yang menunjukkan bagaimana sebuah kapal terbang yang baru berlepas akhirnya terjunam jatuh ke dalam Laut Merah. Apabila badan penyiasat professional membuat penyelidikan, banyak penemuan tetapi belum dapat dikaitkan dengan kegagalan kapal terbang itu berfungsi.
Akhirnya apabila mereka menjumpai kotak hitam kapal terbang yang membawa lebih kurang 140 orang, penumpang itu, mereka merumuskan kapal itu terjunam kerana Pilot, Co. Pilot dan krew tidak menerima latihan yang secukupnya. Antara latihan yang tidak mencukupi yang menyebabkan pilot itu terjunam adalah latihan bagi merapatkan hubungan antara pekerja.
Di mana di dalam video yang ditunjukkan ketika kapal terbang itu membuat penerbangan, Pilot memperkecilkan Co. Pilot yang telah membuat kesilapan sebelum ini. Akibat rasa rendah diri Co. Pilot, beliau tidak mampu berkata apa, walaupun tahu, Pilot sedang melakukan kesilapan besar, kerana keyakinan Co. Pilot sudah tiada bagi memperbetulkan apa yang salah kerana takut di perlekehkan untuk kali kedua.
Shamsuddin Kadir
Sertai kursus Dedikasi Pekerja ‘Mendahsyatkan Prestasi @ Peribadi Pekerja Dari Biasa Menjadi Luarbiasa’ ikuti kursus yang akan dijayakan Oleh Shamsuddin Kadir selaku Jurulatih yang pernah berkhidmat sebagai krew kapalterbang Kargo Antarabangsa. Satu daripada modul yang digunakan adalah modul yang diimplemtasi oleh syarikat penerbangan antarabangsa. 22-23 Feb 2010 di De Palma Hotel, Ampang Selangor | Kuala Lumpur.