TV Di Rumah SK Rosak : TV Apa Yang Menjadi Penganti

Semoga Tuan dan Puan (iaitu sepupu) sentiasa berada dalam keadaan kewangan yang sihat pada setiap hari. Amin.

Tanggal 1 Januari 2010, TV yang dibeli pada tahun 2002 akhirnya menamatkan jangka hidupnya. TV ini dibeli dengan harga RM 1,500++. Maka SK mencari TV baru bagi mengganti TV yang sudah tamat usianya itu. Ketiadaan TV membantutkan SK dan keluarga bagi mendapatkan informasi berguna dari beberapa program yang terpilih.  Ianya juga bagi memudahkan SK membuat kajian tentang program di TV dan mencari idea bagi penambahbaikan yang dicadangkan kepada pihak penerbit.

Akhirnya pada 3 Januari 2010, SK berjaya membeli sebuah TV baru yang berharga RM 360. Saiz kedua-dua TV baru dan lama masih kekal iaitu 21 inci. Yang berbeza hanyalah harga dan jenama sahaja.

Apabila SK mengkaji kenapa ianya berlaku? Maksud SK kenapa TV yang lebih murah yang dibeli, sedangkan ketika ini ada banyak TV Plasma @ Flatscreen ada dijual di kedai dengan harga bermula RM 1,XXX.XX +++.

Satu perubahan besar yang berlaku adalah isu mahal, siapa yang lebih mahal? SK ataupun TV?

Kenapa apabila pendapatan bertambah, SK tidak memilih TV Plasma dan yang sewaktu dengannya?

Apabila kita merasakan diri kita mahal @ berharga, kita tidak memerlukan benda-benda mahal untuk dilekatkan pada badan ataupun disekeliling kita.

Apabila kita belum menjadi luarbiasa, resume kita menjadi 4 helai ataupun lebih, apabila kita menjadi semakin beharga senarai resume kita menjadi pendek kepada 3 helai dan seterusnya. Kita menjadi paling luarbiasa apabila dalam resume kita itu hanya tertulis nama kita sahaja, contohnya ‘Shamsuddin Kadir’. Ianya berlaku kepada beberapa beberapa orang ternama di Malaysia antaranya Tun Mahathir Mohamad, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato’ Dr. Fadhilah Kamsah dan banyak lagi yang kita semua kenali. Mereka tidak perlu memiliki kad bisnes, kerana dilihat sahaja muka ataupun suaranya orang sudah mengenali siapa mereka.

Walau bagaimanapun, memiliki TV yang mahal bukan bererti kita ini murah, ianya sesuai dibeli jika kita mendapat kepuasaan dengan memilikinya dan pada masa yang sama kita masih mahal, di mana mungkin TV yang mahal tetapi barangan lain jauh lebih murah dari diri kita.

Lihat pada cincin, yang paling mahal adalah permata, yang berada disekeliling permata adalah emas dan perak, yang jauh lebih murah dari permata.

Jika kita memiliki barangan yang mahal di sekeliling kita, nilai kita menjadi semakin murah, kerana  kita hanya dilihat mahal ketika kita bersama dengan kereta kita, tetapi apabila keluar berjalan kaki, orang tidak melihat kita ini berharga ataupun mahal.

Siapa yang sebenarnya lagi murah kita ataupun kereta itu? Jika kita hanya nampak mahal apabila ada kereta mahal bersama kita…

Puas hati membeli TV dengan harga RM360 dan membayarnya secara tunai, tidak terasa beban. Alhamdulilah.  Duit yang lebih itu dapat diperuntukkan bagi membantu orang yang lebih memerlukan untuk hidup.

Anak angkat yang yatim dan tahfiz menghubungi SK semalam untuk mendapatkan basikal kerana sekolah beliau adalah jauh hampir 2 kilometer. Rasa gembira apabila mendapat tahu, duit akan dibelanjakan untuk membantu orang lain berjaya. Semoga semakin banyak lagi duit yang dibelanjakan dan dihabiskan bagi membantu orang lain (sepupu) pada tahun ini dan seterusnya.

Shamsuddin Kadir

5 comments on “TV Di Rumah SK Rosak : TV Apa Yang Menjadi Penganti”

  1. maizul.com Reply

    Alhamdulillah…. sejak membaca buku-buku Tuan SK. Saya tidak lagi membeli barang-barangan yang walaupun saya mampu membayarnya mengikut kehendak tetapi hanya mengikut keperluan sahaja. Terima kasih Tuan SK.

  2. riela Reply

    mudah-mudahan Allah SWT beri keizinan untuk saya mengikut jejak Tuan SK menyara anak-anak yatim.

  3. 2bz4money Reply

    Saya melihat dari aspek Keperluan (Fungsional) dan Kemahuan (Fungsional/Kosmetik/Status) ke atas sesuatu barangan/perkhidmatan. Dasar prioriti(keutamaan) yang akhirnya membuat keputusan.

  4. KHAIRUDIN MALIKI Reply

    Salam… Terima kasih tuan SK. Semoga hidup tuan SK akan lebih tenang dan bahagia. Memang benar kata tuan SK, ” Diri kita lebih bernilai daripada apa yang ada di sekeliling kita “. Sebagai motivasi untuk semua pembaca laman web tuan SK, izinkan saya berkongsi sedikit ilmu disini MENGAPA DIRI KITA SANGAT BERNILAI DIDUNIA INI? Ok… Saya ada mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Orang yang paling baik diantara kamu semua adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain”. Dan cara untuk menjadi paling bermanfaat kepada orang lain adalah dengan menjadikan orang lain senang dan gembira dengan kewujudan anda. Dengan cara ni, barulah diri anda akan menjadi tak ternilai. Pendek kata, apabila sebut nama anda, semua orang jadi gembira. Jangan sampai, apabila sebut nama anda, semua orang jadi menyampah. Fikir-fikirkanlah… Adakah anda disukai atau dibenci sekarang? : EN KHAIRUDIN MALIKI – http://khairudinmaliki2010.blogspot.com

  5. zamri Reply

    terima kasih kerana berkongsi kenapa itu, kenapa ini. alhamdulillah sifat ini ada pada mentor saya dan ia bapa saudara saya. dia mampu beli merc cash kalau dia nak tetapi masih steady dengan van buruk dia daripada saya kecil lagi. pulang ke kampong tempohari saya ‘dibasuh’ kerana menyertai MLM. saya harap MLM ini yang terakhir saya sertai kecuali saya masuk kerana nak guna produk seperti HPA.

    dan alhamdullilah semalam saya meronda kt MPH dan terjumpa buku SK, 2 buah saya beli iaitu kaya dengan rumah dan buat duit dengan rumah.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *