Sepupu SK : Rumah & Taska

Assalamualaikum,

 
Semoga Tuan SK sihat sentiasa. Saya pernah bertanyakan tentang hal ini beberapa bulan yang lalu, dan saya sentiasa mengikuti blog tuan.
Baru-baru ini saya telah terjumpa (dengan izin Allah S.W.T) sebuah rumah yang sangat baik potensinya dari kaca mata saya – saya harap tepat – DAN MAHU DIJUAL DIBAWAH HARGA PASARAN.
Masalahnya saya agak takut dan bimbang mengenangkan kos operasi dan bayaran bulanan yang pasti tinggi.
 
Cuma hasil dari pembacaan buku tuan saya bercadang untuk mendapatkan harga pasaran dan lebihannya digunakan sebagai modal perniagaan.
Abang ipar saya alhamdulillah sentiasa mendapat PO (Purchase Order) dari salah sebuah syarikat minyak yang terkenal,malangnya dia kekurangan modal. 
Jadi saya bercadang untuk menyumbang modal. Ganjarannya 10% DARI KEUNTUNGAN DARi SETIAP PO. Cukuplah untuk belanja bulanan TASKA ISLAMIC idaman saya itu.
 
Minta pandangan Tuan SK.
 
Sekian,wassalam.
 
Abdul Razak
————————————–
Waalaikummusalam Tuan Abdul Razak,
Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak. Amin.
Saya cukup gembira di atas impian Tuan itu, walau bagaimanapun Tuan perlu mencari kenalan yang mengusahakan tadika ataupun taska terlebih dahulu. Lawat tempat taska berkenaan, jika boleh tinggal sehari dari pagi sampai petang di taska tersebut. Jika Tuan boleh hidup dengan gaya hidup Taska, baru teruskan dengan agenda seterusnya.
Jika Tuan tidak ada rakan ataupun kenalan, saya ada seorang kenalan yang membuka tadika dan taska di Seksyen 13 Shah Alam. Jika Tuan berminat boleh pergi berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan pandangan. Tadika Istana Impian, saya belum berkesempatan melawatnya.
Tentang untuk memimjamkan duit, itu terserah kepada keyakinan Tuan terhadap ipar tersebut, jika beliau benar-benar amanah teruskan niat yang diberkati oleh Allah itu hendaknya.
Sekarang persekolah sudah dibuka, banyak anak-anak sudah ditempatkan di taska terpilih, adalah sedikit sukar bagi mendapatkan pelanggan ketika ini. Tetapi tidak mustahil.
Tuan lakukan Isthikarah terlebih dahulu, selepas itu terus lakukan apa yang terbuku di hati.
Pastikan Tuan membaca buku Memulakan Bisnes Sendiri oleh Puan Ainon Mohd. terlebih dahulu.
Shamsuddin Kadir

 

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *