Motivasi, Training Sama Dengan Mandi

Tuan dan Puan yang dimuliakan,

Apabila kita berada dalam majlis motivasi itu juga menjadi semangat, apabila kita menghadiri kursus kita menjadi lebih pandai dengan mempratikkan kemahiran terbaru.

Tetapi kenapa selepas program motivasi kita semakin lama hilang semangat itu?

Kenapa kita mandi setiap hari? Supaya badan kita sentiasa bersih dan segar. Badan menjadi lebih bersih dan segar apabila kita mandi 2-3 kali sehari. Kepada individu Muslim yang bersembahyang 5 kali sehari, kita seolah-olah mandi 5 kali sehari sewaktu ambil wuduk. Kenapa air wuduk tidak boleh disimpan melebihi sehari?

Motivasi adalah unsur yang kita perlu diterapkan kepada kita setiap hari supaya kita sentiasa bersemangat. Sebenarnya semakin kita belajar, kita menjadi semakin pandai dengan ilmu baru dan pada masa yang sama kita kenal bertapa sebagai manusia banyak lagi yang kita tidak tahu. Hanya orang bodoh sahaja yang akan berkata “Aku sudah tidak perlu belajar lagi, kerana aku sudah pandai”.

Imam Syafie pernah berkata “Semakin aku belajar, semakin aku kenal akan kebodohan diriku sendiri”

Bagaimana kita dapat memperolehi motivasi?

  • Hadiri program motivasi anjuran mentor yang boleh dipercayai. Contohnya program motivasi Alihan Pelajar (MAP) anjuran YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Shamsuddin Kadir galakkan untuk pelajar bagi menyertainya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, jika mampu sebaiknya 1 tahun sekali.
  • Baca buku yang TERPILIH
  • Jumpa Mentor sebaiknya seminggu sekali, jika tidak mampu 1 bulan sekali.
  • Hadiri program ilmu sama ada Tazkhirah di Surau dan Masjid ataupun mana-mana bicara buku, ceramah motivasi
  • Jumpa kawan-kawan yang Kelas ‘A’. Kelas A bukannya bermaksud pandai dalam dewan sekolah, ataupun kaya. Kawan yang sentiasa memberi kita semangat dan mengingati kita bahawa kita akan mati.

Training pula adalah dengan membelanjakan sebahagian masa bagi mempelajari ‘SOFT SKILL’ contohnya tentang kepimpinan, pengurusan diri, kejayaan dalam diri, pengurusan wang poket, bagaimana meningkatkan potensi diri dan lain-lain.  Ikuti kursus dan pratikkan setiap kemahiran yang dipelajari.

Bilakah kali terakhir kita ‘mandi’?.

Shamsuddin Kadir

Trainer Korporat dan Penulis 9 Buah buku Di Malaysia dan 3 buah buku di Indonesia.

SK akan menjayakan kursus Dedikasi Pekerja ‘Mendahsyatkan Prestasi Pekerja Dari Biasa Menjadi Luarbiasa’ pada 22 – 23 Februari 2010. Tuan dan Puan boleh mendaftar melalui majikan dengan menghantar brochure Kursus ini kepada Majikan Tuan dan Puan. Kepada individu yang ingin mendaftar sendiri, borang pendaftaran boleh didapati di www.SK.my, klik Public Programmes. Ataupun emelkan ke training@sk.my dan tuliskan Brosur Dedikasi Pekerja.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *