Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Tuan, Puan (sepupu Shamsuddin Kadir),
Semoga Tuan dan Puan sentiasa dikurniakan dengan limpahan kebaikan pada setiap pagi dan petang hari.
Majalah yang ada di pasaran pada ketikan ini banyak yang mendorong kita supaya berbelanja lebih banyak duit dari yang sepatutnya. Ianya menarik kita supaya sentiasa berbelanja.
Majalah berkaitan wanita menjadi antara penyebab utama kenapa individu yang bergelar ‘perempuan dan wanita’ suka shopping. Kajian yang dibuat oleh kami mendapati, individu yang suka membaca majalah lebih banyak yang berbelanja di luar kemampuan. Individu yang hanya membaca majalah yang berkualiti tidak mudah dipengaruhi dengan dorongan untuk berbelanja melebihi had garisan normal manusia.
Antara perbelanjaan yang menyebabkan kita melampau batasan berbelanja adalah entri dalam majalah berkenaan adalah ;
- Hiasan dalam yang ‘tidak berpijak di bumi nyata’, semua hiasan itu hanya mengalakkan kita menukarkan perabot dan aksesori dalam rumah kita.
- Set alat mekap yang mahal dan mewah yang selepas digunakan muka kita sudah menjadi seperti bintang superstar, tetapi apabila lapisan mekap itu tertanggal, rupa kita yang sebenar tetap kelihatan.
- Pakaian yang menampilkan kejelitaan ketrampilan sahaja, tetapi tidak untuk kejelitaan sosial. Mengalakkan kita menambahkan koleksi baju yang mahal dan mewah. Supaya kita dilihat eklusif.
2 comments on “Informasi Yang Mengosongkan Dompet Kita”