‘Excel’ Dalam Setiap Aktiviti Setiap Masa

Tuan, Puan (sepupu yang dimuliakan),

Satu rahsia yang kita hanya tahu apabila kita mati adalah tarikh mati. Tarikh kita dilahirkan sudah dicatatkan di dalam sijil kelahiran. Tarikh mati kita hanya dicatat di dalam sijil kematian apabila kita mati terlebih dahulu. Bilakah tarikh mati itu akan tiba? 30 tahun dari sekarang? 10 tahun dari sekarang, ataupun esok?

Tarikh mati kita telah ditetap, cuba letakkan tarikh mati itu setahun dari sekarang, pasti gerak kerja kita bertambah baik.

Letakkan tarikh mati kita 3 bulan dari sekarang, pasti tindakan yang kita akan lakukan semakin bagus.

Letakkan tarikh mati kita 30 hari dari sekarang, kita akan lupakan perkara yang tidak perlu, kita hanya usahakan apa yang penting dalam hidup kita.

Apa yang lebih penting adalah kita sentiasa melakukan tugas kita dengan ‘excel’ ataupun terbaik mengikut kemampuan kita yang sebenar.

Jangan dalam usaha kita bagi melangkah ke hadapan kita terpijak ataupun terlanggar sepupu kita yang lain.

Tidak ada korelasi ataupun hubungan di antara berapa banyak duit yang kita dapat dengan pahala yang kita akan dapat. Pahala itu dicari dan diperolehi dengan kita mengutamakan sepupu-sepupu kita dalam setiap usaha kita.

Kebanjiran emel-emel yang dihantar untuk ‘menjadi kaya’ banyak yang tidak menghiraukan tentang keperluan sepupu kita yang lain.

Saya cukup sedih apabila individu yang membeli produk ataupun perkhidmatan kita mengunakan kad kredit dan tidak mampu membayar balik hutang kad kredit itu secara sepenuhnya sebelum tarikh matang hutang itu iaitu dalam sekitar 20 – 50 hari.

Dalam usaha halaman ini bagi mengalakkan sepupu di Malaysia mengunakan kad debit, semakin banyak peluang ‘membuat duit’ yang menyediakan perkhidmatan pembayaran dengan kad kredit. Jika kad kredit digunakan kerana itu cara paling mudah bagi membeli barangan tidak mengapa, tetapi jangan sampai membuatkan individu yang tidak ada duit membeli produk kita dengan berhutang dengan kad kredit yang akhirnya membuatkan hidup mereka sengsara.

Semua individu yang berada di luar sana adalah ahli keluarga kita, mereka semuanya adalah sepupu kita. Lakukan bisnes tanpa mengabaikan dan melanggar sepupu-sepupu kita.

Shamsuddin Kadir

3 comments on “‘Excel’ Dalam Setiap Aktiviti Setiap Masa”

  1. 2bz4money Reply

    Salam SK & Sepupu semua..
    Kegagalan menguruskan kad kredit secara berhemah boleh membawa kepada muflis serta menjadi polemik sosial masa kini seperti Hutang Along dan Keganasan..Mulai 2010, kerajaan mengambil langkah drastik menguatkuasakan Cukai Perkhidmatan RM50/RM25 tahunan bagi Prinsipal/Supplementari setiap kad kredit/caj. Semoga tindakan ini dapat membendung gejala sosial yang boleh memudaratkan masyarakat kita hari ini.

  2. dira Reply

    Assalamualaikun tuan SK & semua
    Rumah dan kereta satu keperluan tetapi mengubahsuai rumah secara berlebihan seperti istana itu membazir.Bila mati, semua pun akan kita tinggalkan.Apapun yang hendak kita lakukan berpada-padalah.Ingatlah ramai sepupu-sepapat kita yang di luar sana hidup dalam kedhaifan.Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

  3. roslan Reply

    Assalamualaikum SK dan semua,
    Memang dah lumrah orang bisnes matlamatnya keuntungan…jadi kita sebagai pengguna/pembeli kena bijak menguruskan kewangan kita sendiri.Kad kredit adalah satu kemudahan pembayaran terutama bisnes online.Oleh itu kawalan dan disiplin oleh pemilik kad kredit itu sendiri amat penting

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *