Assalamualikum wbt…
Tuan, saya ingin tahu boleh tak saya membatalkan ,’terminate’ kad kredit saya dengan cara menghantar surat pembatalan sahaja.Sebab saya pernah cuba membatalkannya dengan cara berjumpa dengan pihak bank.
Disebabkan pujuk rayunya supaya jgn membatalkannya dengan menawarkan kemudahan tanpa yuran tahunan untuk tahun berikutnya maka akhirnya saya gagal membatalkan kad saya itu.Untuk pengetahuan tuan, saya tidak memerlukan sangat kad tersebut bahkan bakinya juga telah habis dibayar.
Apakah cara yang terbaik untuk membatakkan kad saya tersebut dan bagaimanakah langkah-langkah jika saya nak membatalkan kad dengan cara menulis surat.harap tuan dapat beri panduan.
Terima Kasih
Tuan Firdaus (bukan nama sebenar)
———————————–
Waalaikummusalam Tuan Firdaus,
Semoga Allah mengurniakan kepada Tuan Firdaus (Sepupu SK) dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.
Saya bersyukur dikurniakan seorang sepupu yang bijak dan tegas, terima kasih (saya suka) kerana mengambil langkah yang terbaik iaitu membebaskan diri dari peluang membuat hutang, berbelanja di luar kemampuan dan unsur ‘RIBA’.
Tuan photostat kad itu dalam dua salinan dan potong kad itu kepada dua bahagian sama besar dan photostat sekali lagi dan poskan kepada bank tersebut dengan surat pembatalan akaun kad kredit tersebut disertakan dengan kad kredit yang telah dipotong berserta 1 salinan untuk setiap gambar sebelum dan selepas dipotong. Simpan 1 lagi salinan photostat untuk rujukan di masa depan.
Di dalam surat pembatalan @ penamatan, pastikan nombor kad kredit di tulis, nama Tuan mengikut mykad dan juga No. Mykad ditulis dan ditandatangani.
Terlebih dahulu surat itu difakskan dan selepas itu diposkan. Sebenarnya lebih mudah jika Tuan memotong kad itu kepada dua bahagian dan membawa bersama dengan surat itu ke cawangan bank tersebut dan menyerahkan. Beritahu mereka keputusan saya muktamad, POTONG…POTONG…POTONG..
Ya Allah, semoga Engkau melimpahi kami semua yang mencari keredhaanMu dan berusaha membebaskan diri dari peluang membuat hutang.
Sesungguhnya manusia yang hidup dengan bebanan hutang yang tidak perlu, hidup dalam keadaan gelisah dan risau sepanjang masa.
Semoga lebih berjaya, Tuan Firdaus.
Shamsuddin Kadir (Sepupu yang merindui Tuan)
3 comments on “Sepupu SK: Cara Membatalkan Kad Kredit”