Berita yang saya terima dari sumber yang boleh dipercayai, sebuah syarikat MLM ‘besar’ yang banyak disertai oleh masyarakat kita, logo-logo syarikat ini banyak tertera di kereta-kereta agennya sedang merayu supaya lesen mereka tidak ditarik balik. Puncanya disebabkan oleh syarikat MLM itu yang menjalankan sistem operasi menyimpang dari sistem pemasaran yang dibenarkan. Mereka menghantar sistem marketing untuk agen yang biasa, untuk kelulusan lesen. Apabila lesen sudah lulus, mereka mengunakan sistem pemasaran yang ‘PANAS’
Sekarang mereka laris menjual pangkat-pangkat dengan harga puluhan ribu ringgit, ini bagi menarik individu yang ada pangkat yang tidak mahu bermula dari bawah. Ianya juga dapat menarik individu yang pangkatnya dipejabat rendah tetapi ada duit banyak.
Bagi individu yang tiada duit tunai, agen MLM ini akan membantu individu bagi membuat pinjaman peribadi (barah kewangan) dan ada yang mengajar individu supaya keluarkan duit mengunakan kad kredit. Awas!!!!
Seorang peserta saya yang pernah bergaji RM 9,000 berhenti dan membeli pangkat agen sebanyak RM20,000 dan sekarang beliau sudah menangung kerugian melebih RM 130,000 dalam MLM.
Apa berlaku kepada agen apabila syarikat ini diharamkan @ tutup apabila rayuan mereka tidak diterima?
Apa yang berlaku kepada individu-individu yang kita cadangkan kepada mereka supaya membeli pangkat yang berharga puluhan ribu ringgit itu?
Syarikat yang sudah ditutup akibat lesen di tarik balik teramat banyak, dan banyak juga MLM yang beroperasi walaupun tiada dan lesen sudah TAMAT.
11 comments on “Sebuah Syarikat MLM Besar Sedang Merayu”