Hari Ini Membeli Sofa Keperluan Untuk Rumah

Alhamdulilah, petang tadi akhirnya kami sudah menemui sofa idaman yang dibeli secara tunai. Ini adalah sofa idaman Shamsuddin Kadir. Kepada Tuan, puan dan semua sepupu saya, apabila saudara datang ke rumah saya jangan terkejut dengan sofa idaman saya ini, kerana harganya jauh lebih murah @ rendah dari majoriti sofa di dalam rumah di Malaysia, itu mengikut anggaran saya.

Saya suka sofa ini, kerana apabila tetamu datang ke rumah saya nanti, mereka akan merasa selesa kerana sofa saya jauh lebih murah dari apa yang mereka miliki.

Tujuan utama sofa ini dibeli, adalah bagi mengantikan sofa lama yang telah dihadiahkan ke rumah anak yatim sewaktu berpindah rumah. 

 

Orang yang merasakan dirinya beharga, mereka tidak memerlukan benda mahal untuk diletakkan pada diri mereka dan disekeliling mereka. Kerana mereka sudah ‘mahal’. Itu kata sifu saya. Walau bagaimanapun  ianya bukan bermaksud kita tidak boleh memiliki benda yang mahal. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menaksirkan maksud itu.

Jam yang berharga RM 250,000 tetap memberikan kepada kita 24 jam sehari sama dengan jam yang berharga RM 500.

Jika RM 249,500 digunakan bagi membiayai kehidupan anak yatim, duit itu dapat menangung 50 anak yatim berumur setahun sehingga mereka berusia 21 tahun. 24 Jam X 50 anak yatim X 20 Tahun = 24,000 jam waktu yang penuh dengan duit ‘pahala’ yang kita dapat miliki tanpa terbuang.

Hidup ini adalah satu pilihan, ianya terpulang sama ada duit yang Allah (Tuhan) berikan itu untuk digunakan oleh kita seorang ataupun dikongsikan bersama dengan sepupu-sepupu (semua manusia di atas muka bumi ini adalah sepupu kita, semuanya berasal dari atuk dan nenek yang sama iaitu Adam dan Hawa) kita yang lain.

Shamsuddin Kadir

Trainer Korporat & Penulis 9 buah buku

4 comments on “Hari Ini Membeli Sofa Keperluan Untuk Rumah”

  1. jai@jaigoku Reply

    Assalamualaikum Tuan,

    Saya juga baru lepas survey perabot di Cavenzi sebuah kedai perabot yang sering membuat offer jualan murah. 🙂

  2. ABDUL HALIM ISMAIL Reply

    Assalamualaikum Tn SK;

    Saya sangat suka ayat di bawah ini:

    Orang yang merasakan dirinya beharga, mereka tidak memerlukan benda mahal untuk diletakkan pada diri mereka dan disekeliling mereka. Kerana mereka sudah ‘mahal’.

    Ianya sangat memberi kesan kepada saya. Saya membacanya berkali-kali ketika ada keinginan seperti menukar kereta baru dsb. Tuan SK juga ada menyebutnya semasa bengkel BMW pada 6-Dis lepas. Terima kasih Tuan SK. Teruskan usaha yang murni. Moga saya dapat join Kinabalu Leadership.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *