Kurangkan Internet Banyakkan Mengadap

Internet ketika ini sudah menjadi satu instrumen yang banyak membuatkan individu terutama pekerja menangung rugi yang banyak antaranya adalah :

  • Rugi masa yang dihabiskan bagi membaca dan menghantar emel yang tidak bernilai
  • Rugi masa yang dihabiskan bagi chit chat yang ‘tidak berguna’ di Facebook, twitter dan…
  • Rugi masa membaca informasi berita ‘hari semalam’ yang banyak memuatkan unsur negatif bercanggah dengan teknik menulis berita Surah Yusof.
  • Rugi masa mendownload informasi yang akhirnya kita menyesal.
  • Rugi masa membaca ‘sales letter’ ataupun surat jualan bisnes-bisnes cepat kaya… jarang bisnesnya lambat kaya…
  • Menonton video dan youtube yang tidak memberi faedah kepada kualiti hidup.

Jika kita diberi hidayah, kita akan sedar di penghujung hari ini, jika tidak kita mungkin sedar apabila semuanya sudah terlambat untuk kita mengubahnya. Berapa lama kita menghadap facebook juga sudah pasti tugas yang dipertanggungjawabkan oleh majikan tidak dapat kita tunaikan dengan sebaiknya.

Belanjakan sebahagian duit, bagi membeli buku dalam RM 20 – 50 sebulan, dan bawa buku itu ke tempat kerja, apabila ingin rehat sebentar baca buku.

Buku yang saya ingin cadangkan pada hari ini adalah ” 21 kunci pemimpin efektif oleh John C. Maxwell yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh penerbit PTS Publication…

Apabila Tuan mempratikan apa yang bagus dalam ilmu yang baru dipelajari itu, ianya memberikan Tuan kelebihan lebih dari 1 tahun mengadap internet. Insyaa-Allah (if God willing) saya akan kongsikan informasi yang ada dalam buku dari masa ke semasa di Learning Station Wangsa Melawati.

Shamsuddin Kadir

6 comments on “Kurangkan Internet Banyakkan Mengadap”

  1. ridhwan Reply

    salam tuan.. saya bukanlah seorang yang bagus dalam melotarkan komen yang membina.. maafkan saya jika komen ini hanya membuang masa tuan dan pembaca yang lain… saya ingin sekali menyatakan mengikut pengalaman saya sebagai lelaki yang beragama islam…

    tuan… terus terang, apa yang dikatakan oleh tuan tidak dapat saya sangah dengan ilmu dan pengalaman yang saya miliki….. mengadap internet adalah perkara sia-sia… sia-sia dalam banyak perkara…….. 90 peratus… ianya lebih kepada hiburan sahaja… sekian.

  2. jai@jaigoku Reply

    Tuan,

    Kelebihan mengadap di Internet adalah dapat memebaca informasi yang berguna contohnya dalam blog ini (2)Mencari maklumat yang baik dan berjaya mempertimbangkan kebenarannya. (3)Memuat turun e -book yang berguna untuk dibaca. (4)Memperluaskan perniagaan dan kenalan. (5)Dan beberapa perkara lain yang tak dapat disebutkan 🙂

    Jadi tiada masalah jika ada kesedaran akan kebaikannya dari melihat keburukannya yang ramai orang lain leka dengannya. 🙂

    Membuat jadual masa yang sesuai untuk masa sendiri dan matlamat untuk menghadkan penggunaan sesuatu perkara juga mempraktikkannya adalah patut di teruskan untuk kebaikan sendiri. Sentiasa menambah ilmu adalah sasaran kita untuk terus maju. 🙂

  3. Asyraf Aziz Reply

    Salam,

    Banyak kelebihan dan pengetahuan yang saya dapat renungkan dari point-point kongsikan di atas. Kebanyakan remaja sekarang boleh dikatakan mengisi masa terluang mereka di web-web komuniti seperti yang tuan sebutkan diatas tanpa hala tuju yang mereka sendiri tidak pernah terfikir.

    Apa yng ada di kotak pemikiran mereka ialah untuk mendapatkan kesenangan,kepuasan diri dan nafsu semata-mata. Saya tidak mengatakan diri saya terlalu sempurna atau makhsum,saya juga khalifah yang punya kelemahan tersendiri.

    Tetapi saya hanya menyampaikan pandangan dari kaca mata seorang peniaga dan pemerhati di internet secara ikhlas. Tambahan pula sekarang saya dapati ramai remaja(terutama bangsa kita) di 1 web komuniti ini sedang leka mempromosikan 1 sistem perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang hamba ini secara MLM dengan mengklik link yang mereka dapat dengan pendaftaran sebanyak RM60 hingga RM300! Tiada apa-apa produk yang diperolehi dengan menyertai sistem ini.Hanya 1 link untuk dipromosikan untuk medapatkan ahli dibawah(downline),MLM…

    Setiap klik yang berlaku dan jika anda ahli lain yang mendaftar dibawah mereka2 akan mendapat komisen tertentu mengikut status keahlian. Apa yang saya bimbangkan tuan ialah apa yang akan terjadi dengan kualiti bangsa kita pada masa hadapan dengan kancah realiti yang sedang berlaku di dunia internet masa kini?

    Jawapan yang saya perolehi dari persoalan diatas ialah “bangsa kita akan jadi sebuah bangsa yang pemalas untuk mencari kerja!”

    Bilakah kita dapat mengikut cara dan kualiti yang setaraf dengan bangsa-bangsa yang dihormati diluar sana seperti di Jepun? Bukan saya ingin mengagung-agungkan bangsa yang pernah menjajah kita ini,tidak…tapi kita cuma ingin mengambil contoh dan nilai-nilai yang baik dari bangsa yang lebih berjaya.Wallahua’lam bi sawab…

    “..takkan Melayu hilang di dunia…”

    Laksamana Hang Tuah.
    -panglima negeri Melaka.

  4. Pingback: Rangkaian DuniaHerba.net » Blog Archive » Mencari Masa Tambahan…

  5. Pingback: Mencari Masa Tambahan… | Blog Perniagaan Internet

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *