Kursus Dedikasi Pekerja yang sedang dijalankan di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu, Sabah dari 9-10 November 2009, adalah kursus ‘tailor made’ bagi menjadikan setiap peserta ataupun pekerja mencapai kejayaan maksimun tanpa dapat dihalang oleh musuh paling ketat kita iaitu “Diri’ kita sendiri.
Kursus Dedikasi Pekerja adalah antara ‘baby’ baru Ultra Mind Resources sejak awal 2009. Ianya disediakan bagi memenuhi keperluan pekerja yang selama ini merasakan halangan untuk mereka berjaya adalah disebabkan oleh faktor seperti bos yang tidak memahami, rakan sekerja yang suka ‘mengipas bos’, tiada peluang untuk naik pangkat, pujian tidak diberi di hasil yang kita lakukan, bos mengaku beliau yang mencadangkan idea yang bagus itu, ….
Apabila mengikuti kursus ini, semua halangan itu ghaib serta merta, kerana itu bukan halangan… Yang menjadi halangan untuk kita berjaya adalah diri kita sendiri. Kejayaan bermula dari kita.
Tiada sesiapa yang boleh menghalang kita dari mencipta kejutan, mencipta gaya kerja yang luarbiasa selain dari diri kita sendiri.
Di bawah adalah komen yang diberikan oleh seorang peserta pada hari pertama.
Sitialinah Tahir
“Walaupun hari pertama… impaknya sungguh DAHSYAT. Untuk menjadi yang luar biasa, kita kena berani melompat dari KEPOMPONG yang boleh dianggap biasa.
Tak sabar nak tunggu esok dan rasanya 2 hari macam tak cukup, masih banyak lagi ilmu yang perlu digali daripada SK.
saya suka
ct…
Shamsuddin Kadir
Kota Kinabalu, Sabah
Ultra Mind Resources
11-2 Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur
Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300
3 comments on “Dedikasi Pekerja Cipta Kejayaan Dalam Diri”