Rupa-rupanya individu yang menjemput Shamsuddin Kadir bagi menjayakan Kursus Bijak Mengurus Wang di Istana Balai Besar adalah Motivator Diraja Kelantan iaitu Tuan Mohd Najib Bahruddin. Beliau antara motivator yang sudah menjayakan aktiviti ‘motivasi’ ketika berada di tingkatan 5.
Inysaa-Allah jika berkesempatan SK akan menemui beliau sekali lagi sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Ketika bersama beliau banyak ilmu-ilmu baru yang kukuh ‘solid’ dipelajari. Beliau telah menulis 10 buah buku motivasi. Antaranya Teknik belajar mengikut Islam. Kupasan beliau berkenaan isi kandungan buku tersebut sudah menunjukkan buku itu ‘wajib’ untuk saya baca.
Di rumah ‘pejabat’nya yang kedua, dipenuhi dengan buku-buku, beliau merupakan seorang yang menjadikan buku sebagai makanan kedua harian.
Terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Najib di atas kesudian menjadikan saya tetamu yang paling selesa sepanjang berada bersama Tuan. Sewaktu berada bersama beliau, seolah-olah saya sudah kenal beliau 10 tahun yang lalu.
Saya mendapat layanan di luar jangkaan, di mana ianya lebih baik dari layanan kelas pertama, kerana beliau melayan tetamu tanpa mengharapkan balasan. Semoga Allah melimpahkan beliau dengan kebaikan yang datang mendadak. Amin.
Shamsuddin Kadir
2 comments on “Bertemu dan belajar Dengan Motivator Diraja Kelantan”