Saya membina network dengan pelbagai cara, antaranya adalah saya memilih untuk makan di meja yang sudah ada pelanggan lain, di mana saya jarang makan di meja yang tiada orang. Biasanya saya memilih meja yang hanya ada satu pelanggan. Saya akan memohon izin terlebih dahulu dan hanya bercakap dengan beliau selepas suapan yang ketiga.
Di akhir perbualan saya kadang kala akan memberikan kad nama saya. Aktiviti ini saya lakukan sejak di bangku sekolah menengah, kerana saya suka ada kawan baru.
Antara sebab utama saya melakukan adalah bagi mempelajari ilmu baru yang belum ada di dalam pasaran.
Umur bakan kawan baru ini adalah bebas, ada yang masih bersekolah dan ada juga yang sudah bersara dan menjadi penggangur semula.
Shamsuddin Kadir
2 comments on “Bagaimana Shamsuddin Kadir Membina Network Baru”