Salam Tuan SK,
Tak tahu macam mana saya hendak mulakan,mungkin ayat saya agak tunggang langgang.
Saya mula menggunakan Kad Kredit semenjak saya mula bekerjalebih kurang 14 tahun lepas,tetapi sekarang tidak lagi.Masalah saya sekarang hutang kad kredit yg saya gunakan 14 tahun lepas seperti tidak habis-habis.Sebab utama adalah saya hanya membayar minimum setiap kad kredit sya yang berjumlah 5 kad semuanya dan saya tiada mentor atau guru menasihati dan tidak pandang ke depan.
Akhirnya sya sekarang sudah di sah blacklist.Akibat saya terperangkap kerana hutang sya sudah di tahap maksimum dan sya sudah tidak mampu membayar.Saya amat tertekan,tapi sya telah membeli buku Tuan SK spt Hidup Tenang Walau Berhutang/Makan gaji tapi kaya/Biskut ajaib.
Saya agak tenang sedikit dan faham sedikit macam mana menguruskan perbelanjaan harian dan sgt berminat dgn pengurusan kewangan.
Sya perincikan hutang saya spt berikut
Gaji saya rm3100 bersih
Bank Rakyat rm 30k
Ocbc rm9k
Eon rm 2500k
Cimb rm14k
Saya sekarang membayar hutang saya semua secara minimum, tetapi tak tahu sampai bila akan habis,mcm mana cadangan Tuan SK ?untuk saya habiskan hutang secepat mungkin,untuk makluman umur saya sekarang 37 tahun dan fokus saya untuk bebas hutang pada umur 40 tahun dan tidak mahu hutang lagi.
Terima kasih
Abdullah (bukan nama sebenar)
—————————-
Waalaikummusalam Tuan Abdullah,
Semoga Allah membebaskan diri Tuan dari bebanan hutang ini sepintas kilat, Amin. Ya Allah jika rezeki Tuan Abdullah di langit, turunkanlah ia, Jika rezekinya di bumi keluarkanlah ia, jika rezekinya sedikit perbanyakkanlah ia, jika rezekinya banyak perberkatilah ia, Jika rezekinya haram, sucikanlah ia, berkat dengan waktu DhuhaMu ini, perkenankanlah doa hambaMu ini. Amin.
Ada beberapa maklumat yang saya tidak tahu iaitu, ansuran rumah, kereta dan lain-lain kos.
Saya mencadangkan Tuan Abdullah dalam masa terdekat ini melawati Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Mereka mampu membantu Tuan mengurangkan bebanan Interest, kerana AKPK adalah anak sulong kepada Bank Negara, Bank-bank komersil lain patuh kepada arahan yang diberika oleh AKPK.
Ada dua cara bagi menyelesaikannya, sama ada dengan menambah pendapatan ataupun mengurangkan bebanan.
Tambahkan prinsip hidup lain, seperti prinsip tidak menyambut hari jadi dan ulangtahun perkahwinan tetapi mengantikannya dengan Kejutan Kualiti Hidup.
Prinsip Skor A di dalam dewan peperiksaan di tukar kepada Skor A di luar bilik peperiksaan untuk anak-anak.
Jumpa AKPK terlebih dahulu, jika Tuan tinggal di lembah klang, boleh buat temujanji dengan saya selamat 45 minit di pejabat saya secara percuma sahaja.
Mulakan dari hari ini melakukan sunat Dhuha, ketika menulis entri ini saya dikejutkan oleh Allah dengan satu lagi kebaikan yang datang mendadak yang dikurniakan olehNya kepada SK beberapa saat lalu.
Saya yakin dengan sifat Allah yang pemurah dan penyayang, hutang saudara akan habis sebelum penghujung 2010. Ya Allah makbulkan keinginanku ini untuk saudaraku yang dalam kesempitan itu. Amin.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
7 comments on “Tetamu SK: Persoalan Membelenggu Diri”