Skim Cepat Kaya dan MLM Apakah Tipu Muslihatnya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan, saya dihubungi oleh seorang dari pengacara yang tidak asing lagi iaitu Tuan Mazidul yang terkenal dengan program 360 di TV3. Jika dipermudahkan oleh Allah, saya akan memberikan pandangan berkenaan tipu Muslihat Skim Cepat kaya yang berselindung di sebalik Multi Level Marketing (MLM).

Saya mengalu-alukan pandangan Tuan dan Cik Puan yang amat berharga itu bagi dikongsikan bersama sama ada di sini ataupun emelkan ke info@shamsuddinkadir.com, letakkan tajuk Bicara 360 – Skim Cepat Kaya.

Jika dipermudahkan ilmu ataupun pengalaman Tuan dan Puan itu akan saya kongsikan bersama dalam slot 360 itu pada hari Rabu nanti jika dipermudahkan oleh Allah.

Silakan Tuan dan Cik Puan bagi memberikan pandangan ataupun berkongsi pengalaman.

Saya Suka.

Shamsuddin  Kadir

4 comments on “Skim Cepat Kaya dan MLM Apakah Tipu Muslihatnya?”

  1. jai@jaigoku Reply

    Assalamualaikum rakan-rakan yang di hormati,

    Multy Level Marketing (MLM)ada persamaan dengan bisnes-bisnes Direct Selling (DS). MLM juga boleh jadikan bisnes DS. Program Reseller juga meniru konsep MLM. Kini MLM telah banyak menggunakan medium Internet untuk pemasaran yang juga di panggil E-Networking.

    Ramai juga jutawan di hasilkan melalui MLM. Berhati-hati dalam memilih bisnes MLM. Fikirkan seranum-ranumnya untuk join bisnes ini kerana ia memerlukan semangat yang tak pernah padam, minat dan komitmen yang tinggi. Bisnes MLM boleh juga dapat ramai kawan dan boleh juga mengurangkan kawan-kawan anda kerana kawan-kawan yang benar-benar tidak meminati bidang ini akan menjauhkan diri dari anda kerana tidak mahu diganggu.

    Untuk berjaya, yang pertama kena tahu berkenaan produk, kebaikannya dan kalau boleh cari keburukannya sekali agar lebih mudah untuk cari jawapan jika terdapat masalah dari pengguna. Dan ke dua, bagaimana sistem sesebuah bisnes MLM yang anda sertai dapat dijalankan dan wang dihasilkan. Yang ke tiga, jangan fikirkan semata-mata ini adalah bisnes MLM, fikirkan ia adalah bisnes yang mendatangkan wang yang lumayan.

    Bagi peserta terawal, harapan adalah cerah untuk melangkah lebih jauh, itu pun jika bisnes ini lain dari yang lain dan mempunyai permintaan. Kini MLM banyak persaingannya antara MLM dengan MLM yang lain.

    Jika kemasukan untuk jadi ahli melebihi RM500-RM1000 adalah lebih baik berfikir panjang bukan kerana di takuti ada unsur-unsur penipuan dan diarahkan tutup oleh Bank Negara bahkan pelaburan yang kita bayar itu tidak kemana kerana kemungkinan besar kita akan mudah berputus asa kerana ketiadaan downline untuk kita dapatkan.

    Pendapat saya, usahawan MLM bukanlah usahawan sebenar. Usahawan sebenar adalah pengasas bisnes MLM itu sendiri. Pengasas MLM juga menggunakan konsep seperti OPE (other person effort).

    Usaha mesti berterusan dan konsisten. Setakat yang saya tahu, tiada jaminan kita akan terus berada di atas atau pun terus menerus duduk diam lepas dapat target dan goyang kaki dapat duit. (Goyang kaki dapat duit adalah bisnes SOHO sebagai tukang jahit pakaian.. )he he.. 🙂

    Ini berdasarkan apa yang saya tahu dan juga pengalaman, jika salah, harap maafkan dan perbetulkan. Saya yang memberikan pendapat.. 🙂

    http://www.h2jbiz.com

  2. Syaizul Reply

    Assalamualaikum Tuan Shamsuddin,

    Semoga berada di dalam keadaan sihat di bawah lindungan dan rahmatNya.

    Saya ingin berkongsi beberapa maklumat yang berkaitan.

    Ada banyak pandangan mengenai MLM ini. Ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju. Pernah MLM ini difatwakan sebagai haram di beberapa buah negara akibat kekurangan maklumat dan pengetahuan.

    Contoh terbaru adalah di Sudan. MLM diharamkan pada bulan Mac 2009 hingga September 2009. Syarikat yang menjalankan MLM di Sudan terpaksa membawa ulama dari negara Arab lain untuk menerangkan konsep MLM kepada ulama di Sudan sehingga mereka faham dan aktiviti MLM dapat dijalankan semula. Persoalan haram halal bergantung kepada kriteria apa? Saya pun kurang pasti.

    Ada golongan yang tidak bersetuju dengan MLM kerana pada pandangan mereka, pengguna produk MLM terpaksa membayar harga yang terlampau tinggi. Mark-up kepada produk di dalam MLm adalah satu kemestian kerana MLM memerlukan 60%-70% dari harga produk untuk membayar bonus kepada ahli. Ini dikategorikan kepada zalim atau penipuan oleh sesetengah golongan.

    Ada pula MLM yang melanggar prinsip asas perniagaan. Mengeluarkan duit tanpa membeli produk dan perkhidmatan. Kebanyakan MLM jenis ini berselindung di sebalik nama pelaburan, main kutu, tolong orang tolong kita dan pelbagai lagi. Contohnya, skim member help member yang pernah popular tahun 1998. Kita masuk RM10 kepada 5 nama yang tertulis di dalam borang. Nama kita akan masuk di dalam 5 nama tersebut. Skim ini amat popular hingga semua masjid penuh dengan kertas photostat meminta kita memasukkan wang kepada nama yang tertera.

    Ada konsep MLm yang membeli produk, tetapi si pembeli tak pernah dapat pun melihat produk yang dibelinya. Produk tersebut boleh dijual berkali-kali. Jika tak silap syarikat ini menjual pinggan mangkuk ceramik.

    Antara yang paling popular, ramai beranggapan MLM ini skim piramid. MLM sering dimanipulasikan dari sudut sistem dan kaedah pembahagian bonus. Kadang-kadang kita yang pakar pun jadi sangsi dibuatnya. MLM akan menjadi skim piramid sekiranya ia berkonsepkan membeli satu produk, cari ahli lain, dan tidak membeli apa-apa selepas itu hanya bergantung kepada jualan orang bawahan. Apa yang akan terjadi bila tiada lagi ahli? Piramid akan runtuh.

    Saya rasa itu sahaja dapat saya kongsikan buat masa ini. Ada tetamu datang ke rumah pula.

    Wasalam
    Syaizul

  3. Mohd Yusoff Reply

    Assalamualaikum Tuan SK,

    Saya sentiasa ingat pesanan Tn SK berkaitan bisnes MLM ni sewaktu bisnes coach tempohari. Terima kasih

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *