Tuan,
mohon pandangan tuan tentang persoalan saya , adakah keputusan saya untuk membuat pinjaman peribadi dengan bank xyz dengan caj 5.5% setahun , selama 15 tahun , dengan nilai 60,000 . untuk dibina rumah sewa yg sederhana luas 20×32 kaki, untuk disewa sejumlah rm450.00 sebulan .
Adakah keputusan ini tepat…daya tidak mempunyai simpanan dalam bank, walau bagaimanapun saya mempunyai tanah sendiri untuk tapak pembinaan rumah sewa tersebut. anggaran bayaran bulanan ke bank rm624 utk 15 tahun. walaubagaimana pun di akhir tahun ke 15 tetap menjadi hakmilik saya yg mutlak. adakah tindakan saya ini betul atau saya hanya menaggung hutang yg boleh dielakkan ( rm624-rm450= tangungan sebulan 174 x 180 bulan = 31,320.00)
Puan Salbiah (bukan nama sebenar)
Melalui emel yang dihantar.
———————————
Cik Puan,
Saya merasa bangga dengan kerajinan Puan membaca buku. Saya masih mengingati Puan melalui pembelian satu demi satu buku saya selepas Puan benar-benar habis membaca buku tersebut.
Saya gembira dan berbangga apabila membaca emel Puan, ianya menandakan Puan seorang yang bijak dan kreatif. Tahniah saya bertambah suka apabila Puan membebaskan diri dari berfikiran sempit. Tahniah.
Puan, saya memerlukan maklumat saiz tanah itu, walaupun bagaimana saya memberi pandangan tanpa maklumat penting itu.
Jika dibuat 2 buah rumah berkembar dengan kos RM 60,000 adakah ianya berbaloi? Saya percaya dengan membuat rumah berkembar, dinding utama rumah disebelah dalam dapat dikongsikan untuk dua buah rumah, dan sewanya jika murah sedikit iaitu RM 300 sebuah ianya masih menghasilkan 2 buah rumah. Saya merasakan Puan perlu menghasilkan dua buah rumah.
Jika Puan memohon membuat pembiayaan pembinaan 2 buah rumah dengan bank di atas tanah itu, ansuran mana yang lebih murah?
Apa-apapun Puan, buat sembahyang Isthikarah bagi memilih pilihan mana yang terbaik yang Allah tentukan untuk Puan.
Syabas sekali lagi dari saya. Buat tinjuan rumah-rumah orang lain yang mengunakan sistem rumah berkembar yang dibuat bagi disewakan. Ingat ada kos pembinaan yang tidak meninggikan sewa dan nilai rumah. Pastikan Puan tidak membazirkan duit dengan membina apa yang tidak perlu, seperti kabinet dapur yang tidak akan menaikkan sewa ataupun harga rumah itu.
Shamsuddin Kadir
Emel : info@shamsuddinkadir.com
7 comments on “Pinjaman Peribadi Untuk Membina Rumah Sewa”