Jumlah perokok di Malaysia adalah 3,000,000 juta orang. Kita (sebahagian dari kita yang merokok) membakar rokok yang bernilai RM 28 juta sehari atau RM 10.2 bilion setahun. Ini adalah maklumat yang dilapurkan di dalam akbar Kosmo hari ini. 6 Oktober 2009.
Apa yang kita boleh buat dengan duit RM 28 juta sehari ?
- Membina sebuah rumah anak yatim yang sempurna untuk diduduki oleh anak-anak yatim yang ibubapa mereka telah mati sebelum mereka sempat membesar, ataupun jika kita mati terlebih awal, anak-anak kita dapat tinggal dengan aman di situ, tanpa perlu meminta-minta.
- Membina deretan rumah untuk warga emas yang yatim piatu ataupun tiada tempat bergantung, supaya apabila kita ditimpa nasib yang sama apabila tua nanti dapat juga tumpang berteduh.
RM 10.2 bilion setahun pula apa yang dapat kita lakukan?