Kesan Membaca Berita Maksiat @ Gossip

Apabila kita membaca berita-berita berkenaan dengan maksiat, secara tidak langsung ianya merangsang kita bagi melakukannya. Kerana dengan membacanya kita dapat mengetahui bagaimana modus operandinya.

Apabila membaca perkara-perkara yang tidak senonoh contohnya seks bebas, dan sebagainya sedikit sebanyak memberikan kita idea di mana dan cara mana ianya boleh dilakukan.

Jika kita terdiri dari ibubapa yang bekerja, kesan memiliki bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku yang yang berkaitan dengan isu-isu berkenaan membantu merangsangkan anak-anak kita supaya mengambil langkah. Umpama ‘orang mengantuk di sorongkan bantal‘.

Fikirkan apa yang anak-anak kita akan, sedang lakukan di rumah ketika kita tiada di rumah. Suratkhabar, majalah dan buku yang menceritakan isu-isu maksiat, gejala minum arak harus dielakkan dari dimiliki dan disimpan dirumah. Bom jangka yang teramat besar bakal meletup pada bila-bila masa.

Ketika ini duit dihabiskan bagi membeli bahan-bahan maksiat itu dan akhirnya duit sudah tidak boleh digunakan bagi membetulkan gejala maksiat yang sudah menimpa ahli keluarga…

Gossip adalah satu dari unsur yang perlu kita elakkan dari mendengar, melihat, menonton ataupun membaca. Selagi mana kita tidak bertindak untuk berubah selagi itu bom jangka itu akan kekal bersama keluarga kita.

“Tidak aku ciptakan manusia melainkan untuk berIBADAH kepadaKu” Itu kata Tuhan yang telah menjadikan kita manusia.

Shamsuddin kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

1 comments on “Kesan Membaca Berita Maksiat @ Gossip”

  1. jai@jaigoku Reply

    Tuan,

    Apa yang penting, sekiranya kita terdengar atau terbaca artikel atau berita gossip itu kita jangan terus percaya. Kasihanilah kepada insan yang teraniaya…

    Mana yang baik itu kita ambil, yang buruk itu kita jauhkan sahaja… 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *