Ketika ini Malaysia dipenuhi dengan lambakan individu yang memasuki dunia ‘bisnes’ online kerana beberapa faktor yang membahayakan masa depan masyarakat Malaysia itu sendiri.
Ada yang memasuki bisnes ‘online’ selepas tamat belajar universiti dan sehingga di saat ini masih belum mendapat kerja dalam bidang pengajian di peringkat universiti. Strateginya adalah dengan menjual produk keperluan masyarakat seperti baju, telefon, sabun, ubat dan kad prepaid.
Ada juga pekerja yang ketika ini masih bekerja dengan majikan sama ada di sektor swasta ataupun kerajaan dan membuat ‘bisnes’ part time secara online bagi menambah pendapatan. Ianya disebabkan gaji tidak mencukupi bagi menangung kos sara hidup yang asas. Sama ada gaji yang kecil ataupun hutang yang besar. Biasanya kita akan mengatakan gaji yang kecil, bukannya gaya hidup kita yang besar.
Ada juga individu yang sudah mencecah umur persaraan tetapi tidak boleh bersara kerana tiada duit juga memasuki dunia ‘bisnes’ online.
Siapakah pelanggan-pelanggan mereka ?
1. Individu yang ingin mencari barangan keperluan seperti GPS Terpakai, Pakaian Muslimah, Mainan kanak-kanak dan ubatan. Hanya segelintir sahaja yang mengunakan skim ini.
2. Individu lain yang tersempit dengan hutang keliling pinggang, di mana kita merasakan gaji yang kecil, bukan barah hutang yang kita tanggung. Mereka mudah terpengaruh dengan skim-skim yang ditawarkan oleh ‘Internet Marketer’ yang makan ikan kecil iaitu; Buat Duit… Jadi kaya… Tiada lagi bebanan hutang… Kereta Mewah… Rumah besar…
Berhati-hati apabila kita tiada duit ataupun tertekan dengan hutang yang banyak. Skim-skim online yang mengesahkan bisnes mereka diluluskan oleh kerajaan, sudah beberapa kali keluar dalam MHI, Suratkhabar dan testimonial ada di antara mereka itu bisnes yang bertopeng.
Banyak sangat SK menerima emel supaya mengesahkan sama ada benar ataupun tidak. Sehingga hari ini SK tidak menyertai mana-mana skim bisnes ‘online’. Sekali kita kena tipu, berkali-kali lagi kita kena tipu. Ada bisnes ‘online’ yang betul tetapi kita bernasib baik jika berjumpa yang betul, tetapi bagaimana?
ShamsuddinKadir (Facebook)
Emel: info@shamsuddinkadir.com