Apa Yang Kita Cari Dalam Dunia Ini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perkara paling asas yang menghantui setiap dari kita di zaman ini adalah duit. Hampir setiap pergerakan kita memerlukan duit. Bekerja ataupun membuat bisnes adalah pilihan utama bagi masyarakat Malaysia bagi memiliki duit yang diperlukan.

Ada sekumpulan individu yang sudah bekerja, mendapat duit gaji yang lebih dari RM 4,000 sebulan tetapi merasakan duit itu tidak cukup bagi menampung keperluan mereka sekeluarga. Pada masa yang sama pula ada individu yang dapat gaji RM 1,500 sebulan tetapi merasai cukup dan berbahagia dengan kehidupannya sekeluarga dari duit RM1,500 yang diterima.

Apakah yang membezakan kedua-dua individu ini?

Kedua-dua individu itu perlu makan, perlu rumah untuk tidur, perlu kenderaan untuk ke tempat kerja, tetapi kenapa RM 1,500 cukup bagi seseorang tetapi RM 4,000 tidak cukup bagi seseorang lain, walaupun bilangan anak yang sama.

Persoalan tentang duit ini menjadi satu bebanan kepada kita jika kita terus menerus ingin hidup ‘mewah’, kerana kita sebenarnya mengejar dunia. Kerana kita meletakkan jarak 100 km bagi mendapat kekayaan, tetapi Allah menyatakan pada kilometer ke 99 kita akan dimatikan. Usaha bagi menikmati kejayaan dunia itu terbantut bagi selama-lamanya. Waktu-waktu yang perlu dilalui dengan penuh kebahagian dikorbankan bagi membuat kerja ‘part-time’ dan lebih masa di tempat lain bagi mencari lebih banyak duit.

Duit gaji kita ketika ini, dengan izin Allah cukup bagi menampung keperluan kita sekeluarga, dengan syarat :

  • Kita tidak menangung hutang kad kredit (barah jantung)
  • Kita tidak menangung hutang skim ansuran mudah (barah usus)
  • Kita tidak menangung hutang pinjaman peribadi (barah otak)
  • Kita tidak membeli rumah dengan mengambil pinjaman maksimum yang dibenarkan oleh Bank
  • Kita tidak membeli kereta dengan mengambil pinjaman lebih dari 4 tahun sahaja.
  • Kita tidak membeli rumah dengan mengambil pinjaman lebih dari 20 tahun bagi rumah diduduki sendiri
  • Kita memiliki dan mengamalkan ketampanan ataupun kejelitaan sosial apabila menghiasi keperluan sebuah kehidupan.

Jika ketika ini kita sudah menangung bebanan hutang ataupun telah melakukan tindakan yang kurang tepat, usah khuatir. Umpama jika kita ingin makan seekor lembu kita tidak mampu bagi menelannya secara serentak, apa yang kita boleh buah sembelih lembu itu, dan makan secara sedikit-demi-sedikit daging, hati, limpa… akhirnya kita telah makan seekor lembu itu.

Begitu juga dengan ‘situasi yang tidak bagus itu’ atau yang kita namakan ‘masalah’, bagi menyelesaikannya bukanlah dengan menelan masalah itu, tetapi mengunakan kaedah bagi menyelesaikannya secara sedikit demi sedikit. Cara kita itu penting.

Tukar konsep pemikiran, perancangan, hala tuju, dengan izin Allah kita dapat menghapuskan satu persatu hutang-hutang kita itu.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

4 comments on “Apa Yang Kita Cari Dalam Dunia Ini?”

  1. mat rapi Reply

    Kita mencari BAHAGIA!!!

    Cuba tanya pendapat orang( mungkin semua, mungkin hampir semua), kenapa nak duit? jawapan pasti kata, dunia sekarang semua duit… tanya lagi kenapa nak duit? kita boleh beli macam2 dengan duit…tanya lagi? ada duit semua jadik…tanya lagi..pasti duit duit duit!!!

    sebab tu orang sanggup berhutang ..untuk apa? KEPUASAN SEMENTARA…tapi kalau kita renung2…sebenarnya manusia ni inginkan BAHAGIA… bila ada duit dia boleh pakai apa dia nak, boleh beli apa diA suka …

    cuma mereka MUNGKIN terlupa BAHAGIA bukan BOLEH dibeli dengan duit TAPI IA adalah anugerah ALLAH YANG MAHA KAYA…

    Allahualam.

    Sekadar berkongsi pandangan.

  2. Azree Hanifiah Reply

    Membaca entri ini membuatkan saya ingin berterima kasih kepada tuan kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana menguruskan perbelanjaan.

    Dan sehingga kini, sekiranya ada kawan saya yang melangsungkan perkahwinan, pastinya buku tuan ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ menjadi pilihan saya untuk diberikan sebagai hadiah kepada mereka.

  3. jai@jaigoku Reply

    Salam Tuan2 dan Cik Puan2,

    Kita lebih pentingkan kemahuan dari keperluan. Jika banyak mana wang yang kita dapat, walau sepandai mana kita dapat mencari incomne part time, tetapi jika kita tidak pandai mengawal kewangan atau mempelajari dan mempraktikkannya kita tetap akan masuk ke dalam lubang yang dalam…

    Kita perlu memberi pepatah yang baru dari selalu teringat Pepatah Melayu yang selalu berbunyi “Besar periuk, besarlah keraknya..”

    http://www.h2jbiz.com/blog

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *