Semakin hari banyak individu Muslim yang mengikut kaedah yang dipelopori individu yang bukan beragama Islam. Feng Shui adalah satu dari kaedah yang telah menarik banyak individu Muslim bagi mempratikannya.
Dalam Islam tilik nasib adalah ditegah dan ianya haram mengikut ketua pemerintah sekelian alam iaitu Allah.
Ketika ini banyak individu yang teringin mengetahui potensi diri mereka dengan mengunakan pelbagai sistem yang ditawarkan di pasaran. Antara yang kita dapat kenal pasti antaranya adalah menentukan sifat, peluang dan kelebihan kita melalui tarikh lahir kita.
Benarkah kita dapat mengetahui potensi melalui tarikh lahir kita ? Semoga ini penemuan terbaru yang tidak bertentangan dengan desain Allah apabila Allah mencipta manusia.
SK pernah diminta nombor kad pengenalan (Mykad) dan mereka memaklumkan bagi membuat semakan sama ada SK ada nombor trainer ataupun tidak. Selepas mereka menjemput SK menjayakan program baru diberitahu bahawa SK memiliki nombor yang ada pada trainer dan pemimpin. “Hampir tidak percaya dengan apa yang SK dengar itu”
Apabila mereka menceritakan konsep bagaimana ianya dikira, SK hanya mampu mengucap panjang.
Perkara paling asas yang SK ingin tegaskan adalah Islam, hukum Allah hanya berpaksa kepada Kalendar Islam iaitu Kalendar Hijriah. Muharram, Syawal, Ramadhan, Syaban, Rejab itu adalah bulan-bulan dan tarikh yang satu-satunya benar dengan Islam, manusia dan seluruh alam.
Kita juga bakal merayakan berdasarkan Kalendar Islam bukannya Kalendar Bukan Islam iaitu Januari, Februari… November, Disember.
Tarikh-tarikh mengikut bulan bukan Islam tidak ada kaitan langsung dengan rezeki, potensi, peluang, kelebihan, kepandaian dan kelemahan kita. Berhati-hati apabila kita mengiyakan tarikh-tarikh dalam kalendar bukan Islam itu ada persamaan dengan kelebihan dan apa-apa lagi rahsianya.
Berhati-hati dengan Akidah… jangan fikiran kita kena jajah selepas hidayah Allah itu sampai kepada kita. Nauzubillah…
Apabila Kalendar bukan Islam (melanggar desain Allah) dikatakan ada kaitan dengan tarikh kita dilahirkan oleh Allah. Nauzubillah…
Kita selalu menyebut Ramadhan Kareem, adalah yang menyebut salam Ramadhan, mungkin di masa hadapan bakal ada individu yang akan menyebut Salam September (Tahun ini kita berpuasa dalam bulan September)… Jika hari ini kita tidak keluar dari pemikiran yang menyalahi Arkitek Tersohor iaitu Allah, kita takut, Syurga itu juga tidak diberikan kepada kita oleh Allah, terpaksalah kita mencipta sendiri dengan mengunakan kekuatan tarikh lahir mengunakan kalendar bukan Islam.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
10 comments on “Kenali Potensi Melalui Tarikh Lahir?”