Ahad, 20 September 2009 bersamaan dengan 1 Syawal, adalah hari yang paling SK sedih dan gembira. Sedih kerana kedatangan Syawal disambut dengan pembakaran duit secara besar-besaran oleh bangsa Muslim. Di malam yang gelap gelita itu disambut dengan pembakaran mercun dan bunga api semata-mata untuk berhibur dan memaklumkan ke seluruh dunia dan langit bahawa esok hari raya. Di saat entri ini ditulis, SK masih ditemani dengan bunyi-bunyi mercun yang sudah ke berapa ratus kali sudah, sehingga seolah-olah Malaysia sedang dilanda perang.
Jika kita ditakdirkan oleh Allah lahir di Palestine, dengan kedua-dua ibubapa kita dibunuh ketika kita masih kecil, dan abang kita juga kudung sebelah kaki dan adik perempuan kita buta, masihkan kita akan membakar duit dan bergembira melihat percikan bunga api?
SK sedih juga apabila melihat individu-individu Muslim yang masih kurang jelas dengan maksud hari kemenangan, apabila hiasan rumah ditukar dengan yang baru dengan membuat hutang baru. Kad kredit, skim ansuran mudah dan pinjaman peribadi digunakan bagi ‘menunjuk-nunjuk’ kelebihan pada orang lain. Pembelian itu juga dibuat dikedai perabot yang bukannya dimiliki oleh Muslim. Syawal adalah hari kemenangan, apabila kita merayakan sebesar-besarnya dengan tidak membeli dari kedai Muslim itu adalah kegagalan kita dalam menghayati Islam yang sebenar.
Satu-satunya yang membuatkan SK dapat tersenyum, apabila kiriman telekung Siti Khadijah, selamat sampai pada pukul 9 malam tadi, yang dikirmkan oleh Puan Padilah Enda pengasas dan pemilik Siti Khadijah Apparel. Alhamdulilah, itu adalah hadiah teristimewa dari SK untuk ibu tercinta. Insyaa-Allah jika dipanjang kan umur Ibu SK akan memakainya untuk sama-sama bertakbir dan sembahyang sunat Aidilfitri. Satu lagi berita gembira adalah Puan Padilah memaklumkan telekung itu tidak perlu dibayar, ianya adalah hadiah dari beliau. Semoga Allah mengurniakan kepada beliau sekeluarga dengan kebaikan yang datang mendadak. Amin.
Isteri SK adalah antara yang terawal jika mengikut Tuan Muzammil adalah yang pertama mengunakan Telekung Siti Khadijah. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.SitiKhadijah.com Puan Padilah adalah peserta batch pertama Bengkel Berhijrah Menjadi Usahawan.
Semoga anak-anak kita tidak akan membakar lagi duit-duit yang diberikan sempana hari kemenangan itu.
Semoga kita bersama berhijrah memenangkan diri kita dari dibelenggu pembaziran dan sifat ingin menunjuk-nunjuk.
Shamsuddin Kadir
6 comments on “Kedatangan Syawal Disambut Dengan Pembaziran”