Ke Mana Mentor Ingin Membawa Kita

Banyak individu terutama peserta kursus dan pembaca buku SK menyatakan hasrat untuk menjadikan SK sebagai Mentor mereka. SK tidak ada halangan, kerana SK juga dari bulan ke bulan berusaha bagi mendapat mentor-mentor baru bagi menambah bilangan sifu yang dapat dijadikan tempat rujukan. Mereka ada perpustakaan ilmu dan pengalaman yang bergerak dan paling ‘fleksible’.

Antara syarat asas yang SK nyatakan kepada mentee-mentee  sebagai menerima mereka sebagai mentee adalah : Hari ini SK adalah mentor mereka, tetapi suatu hari (jangka pendek ataupun jangka panjang) nanti, mereka perlu menjadi mentor kepada SK.

Falsafah SK : Jika saya sampai dahulu, saya jadi imam, saudara jadi makmum, Jika saudara sampai dahulu, saudara menjadi imam, saya jadi makmum.

Hari ini mungkin SK sampai dahulu, maka SK menjadi imam (mentor), saudara jadi makmum (mentee), bila saudara sampai dahulu, saudara jadi imam (mentor), SK jadi makmum (mentee).

Perjuangan  SK hanya tercapai apabila saudara menjadi lebih berjaya, lebih pandai, lebih bagus, lebih baik, lebih bersopan, lebih… daripada SK.

 

Semoga Tuan dan Puan semua menjadi orang yang jauh lebih bagus, lebih mulia, lebih rajin, lebih baik dari SK. Amin.

Apabila Tuan dan Puan menjadi lebih BAIK dari SK, sudah pasti manusia-manusia lain juga menjadi baik seperti Tuan dan Puan.

“Ya Allah di bulan yang penuh mulia dan keberkatan ini, jadikan semua mentee-menteeku semuanya menjadi orang mulia disisiMu. Amin

4 comments on “Ke Mana Mentor Ingin Membawa Kita”

  1. jai@jaigoku Reply

    Salam Tuan SK dan rakan2,

    Tuan SK sememangnya mentor dan saya mentee.. Tetapi InsyaAllah saya pula sebaliknya nanti..

    Sama2lah kita ‘top up’ ilmu sesama kita supaya kita sama2 lebih berjaya di dunia dan akhirat.. Amiinnn.. 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *